Monday, December 24, 2012

LAGENDA BUDAK SETAN 2 : KATERINA

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

alhamdulillah selesai dah tengok filem LAGENDA BUDAK SETAN 2 : KATERINA !!!
best sgt. ok lah aku saja tulis-tulis kat blog hari ni sebab nak kongsi tentang filem ni.

oklah, so far, ni antara filem yang terbaik la kat Malaysia and aku rasa kalau filem ni diangkat ke peringkat yg lebih tinggi, memang ohsem !

*sorry i didn.t spell it right ? do you mind it ?

aku BERJAYA menangis akhirnya ! haha...
eh ? kenapa ?
seriously, cerita ni banyak pengajaran aku dapat.

what ?!

k, nk share lah ni..

first of all, dalam hidup ni kita memang tak lari daripada dugaan, ujian yang datang. Dan kita sebagai hamba yang hanya sementara kat dunia ni kena wajib tahu... ujian tu datangnya daripada Allah.
Jangan mengeluh sebab semasa kita dilanda kesulitan, kepayahan... Allah selitkan kebahagiaan untuk kita.
Subhanallah, Allah maha pemurah.. ya rahman.

korang semua tengok kan filem ni ? di mana Kasyah kehilangan Ayu... TAPI , Allah beri Kasyah ni nikmat yang begitu berharga dalam kehidupan seseorang suami iaitu anak.

ehh... aku tak nak la tulis panjang-panjang bout filem ni, korang nak tahu...
korang tengok sendiri !!!

terbaik !

Wednesday, December 19, 2012

result sem 1 AKU

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

fisrt of all i just want to say 'hasbunallah wa ni'mal wakeel :')
tahniah kepada sahabat-sahabat yang dapat result gempak2 crazy !
tahniah kepada sesiapa yang dapat dean ataupun yang tak dapat dean !

CHILL !!! :D

aku ????
hah, alhamdulillah lepas apa yang aku target.. ohh before that, i am not a dean list :)
yeah, i am fine with that because i still have another semester to try my best so that i will get what i want.

kisah sebelum tengok result ni... start aku mula bermunajat kepada Allah agar Allah beri apa yang aku nak... dan apa yang aku perlu dalam hidup aku . dan alhamdulillah aku dapat 3 pointer jugak .. cuma nyer cukup-cukup makan..

*ehh? aiman kenapa nak secret2 nih ?

aku akan jawab.. ehh, korang ni ada IC tak ? kalau nak tahu aku nyer result... tanya laa :D
hahahaha

gilax !

Friday, December 14, 2012

berfantasi is my hoby. so...

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
hiiiiiiii buddies yg bukan mcm buddies sgt !
haha
hmm, korang suka berimaginasi or berfantasi tak ? kalau tak, ohh, please stop read my blog OR kalau nk teruskan membaca... MY PLEASURE !
*oppss, betul ke aku eja tuh ?!
haha
oh my english !
ok, btw, aku baru je habis layan cerita ISTANBUL AKU DATANG !
and WOWWWWW !! that film was so awesome ! tengok lah bila korang sume free... :)

--------------------------------------------------------------------
ok, back to the entry for today...
yeah, that is me... aku suka berimaginasi sebab dengan berimaginasi aku tak tensionn ! hmm, seronok what ... plus, bila aku habis berimaginasi aku akan create satu story dalam minda aku...
hmm, mengarang cerita adalah one of my minat. cuma tak diasah dengan parang yang tajam jeh !
hahaha
tapi, aku tak la publish story yg aku berimaginasi tu kat sini sebab i am not ready yet lahh !
but lepas je aku baca sinopsis novel SUNDAE & COKE ? betul ke tajuk novel ni wahai kaki novel sekalian ?
ok, lepas baca *ohh sebelum tu aku mmg suka baca.. tak kiralah novel ke majalah ke buk motivasi ke BUT please not komik... sebab aku tak gheti lah baca komik. even kebanyakan orang kata BEST ?
ok, fine... best best lah kan. ikut minat masing-masing.

so, continue....
lepas baca buku tu, aku rasa macam mungkin aku patut mengarang kot . but bukan full time... or not even part time... just suka2. bila ada masa, karang lah apa yang aku nak... kalau tak da masa, please lahh ekk.. faham2 lah :)
chill !

salam maaf daripada Aiman Nadhirah.
have a nice day korang !
taqabbal Allahu minna wa minkum
saya suka, saya sayang, saya cinta awak kerana ALLAH :)

-publish-
:)

Friday, December 7, 2012

Sedikit ...

assalamualaikum dan salam rindu untuk korang. ehh ? aku kata rindu ekk, bukan suka, cinta and so on.... hahaha
ok.. ini SEDIKIT coretan daripada aku.

BISMILLAH.
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.
aku diberi nama Aiman Nadhirah binti Zul Aznal bin Abdul Hamid . *astaghfirullah, Allahumma solli'ala muhammad.. aku tak igt.

kepada mereka yang ingin menjadi sahabatku.. ini khas buatmu.

kalau kau mencari orang yang boleh buat kau happy selalu,
bukan aku lah orangnya,
kerna aku tak selalu happy... *melainkan kau happy bila tgk aku moody -_-

kalau kau mencari orang yang cerdik akal fikirannya,
aku bukan orang yang tepat,
sebab aku bukan bodoh bukan tak pandai, cuma aku masih lagi serba kekurangan...
aku masih lagi belajar untuk menjadikan fikiran aku matang.

kalau kau mencari orang yang kaya untuk berkawan,
aku bukan orangnya...
aku tak kaya dengan wang ringgit..
biarlah kaya akhlak nya daripada kaya wang ringgit..
sebab bila aku miskin nanti, kemungkinan kawan2 yang berniat kawan dengan aku hanya kerana wang, akan pergi meninggalkan aku...
u got it ???

aku tak sempurna wahai kaum adam dan hawa...
aku juga manusia, makhluk Allah, pengikut Nabi Muhammad SAW
aku juga mencari sahabat yang pabila aku melihatnya, aku ingat Allah...
dan pabila kumendengar nasihat atau kata-katanya aku ingat mati...

siapa yang tak impikan untuk mempunyai sahabat macam tu kan ???
so,
sama-samalah kita berusaha ke arah kebaikan.

'CUKUPLAH ALLAH BAGIKU DAN DIALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG'

renung-renungkan dan selamat beramal

assalamualaikum :)

Monday, November 26, 2012

take a moment to say.... ALHAMDULILLAH :)

assalamualaikum sahabat yang aku hormati dan kasihi kerana ALLAH.
just take a couple or triple or suka hati korang la nak take apa pung. hahaha :D
just a moment to say Alhamdulillah.
hari ni tepat pada 11 pg aku dan kwn2 se coz telah selesai menjawab payperr last utk final exam iaitu BASIC FORM.
so, kepada sahabat di luar blog ni.... yg tgh mengadap lappy, ipad ke iphone ke ipod ke (ada aku kesah?) haha.... berserahlah pada ALLAH setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu amal itu dengan niat kerana ALLAH.

--------------------------------------------------------------------------
korang dah makan ke ?
kalau belum pergilahh makan ...
korang dah solat belum ?
ALLAH, jom solat ! segerakan kerja ALLAH inshaAllah, ALLAH mudahkan segala urusan kita.

--------------------------------------------------------------------------

just take a moment to say ALHAMDULILLAH, my friends :)

Friday, November 23, 2012

just feel better....

assalamualaikum sahabat seagamaku !
dah solat subuh ? zohor ? asar ? maghrib ? isyak ?

alhamdulillah kalau dah.
taqabbal Allahu minna wa minkum :)

---------------------------------------------------------------------------------
seperti entri kat atas....
dia ada kena mengena dengan peristiwa yang terjadi semalam. i just feel so happy + better now !
alhamdulillah....
thanks to my daddy, nani, amalina, shaf & epul !
kata-kata anda telah menstabilize kan pH emosi saya. hahaaaa... *hamboihhh ayat!*

belajar mendewasakan diri. itu perbincangan kita pada pagi yang indah, nyaman dan sejuk di fairpark ini yerr..... :p

okay, lagu just feel better by steven tyler ft santana... saya tujukan untuk diri saya dan juga sahabat di luar blog ni. hahaha

okay about belajar mendewasakan diri ini .... umur tak menentukan kedewasaan kita atau erti kata lain kan..... umur tak menyatakan matang nya seseorang. kenapa aku kata cam ni ?
ask yourself.. apa yang menentukan kematangan seseorang ?

is it umur or akal ?
think back buddies... andai kita mengatakan umur yang menentukan kematangan seseorang... kenapa budak 18 tahun macam aku ni ( refer to myself : aiman nadhirah ) masih tak boleh nak buat keputusan yang rasional ?
*kenapa budak-budak lain yang seusia dengan aku, jgn terasa diri anda tak matang sbb aku dah tulis dlm braket uhh, refer to myself. okayyhh!
itu baru sentuh bab rasional. belum lagi bab yang lagi berat macam..... tutup aurat, adab, and so on.

okay, aku and my buddies, amal & nani.... tinggal dua paper lagi untuk jawab next week !
lepas tu......................................... REHAT!

Monday, November 19, 2012

broken heart

dimulakan dengan nama ALLAH yang maha penyayang lagi maha pemurah :)

alhamdulillah, hari ni aku dan kawan2 koz farmasi selesai paper biochem .

ehhhh, lupa nk habaq mai... hari ni till 27/11/12, kami final exam... doakan yg terbaik utk kami !
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

cerita bermula apabila aku terasa bagai nak muntah bila membaca biochem untuk sekian kali ke berapa entah... puas amalina dan nani dok kata kat aku 'relaks, jgn stress'
thanks to both of you, my housemate ! :)

langkah diteruskan dengan memasuki dewan peperiksaan.
'dup dap... dup dap... dup dap...' berterusan sehingga aku menajwab soalan pertama.

STOP! what the questionaire lahh !

section A , alhamdulillah. selesai :)
 helaian seterusnya membuatkan aku punya bladder2 dlm badan ni terbelit bagai !

istighfar sokmo aku, astaghfirullah!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

keluar daripada exam hall, aku terus ke hujung tangga...
terasa pipi ni hangat ...
ehhhh! bukan kena kiss! tapi air mataku mengalir *tak la deras*

amal said to me : 'relaks la weyh... kita dah buat yang terbaik! tawakal :) '  *dialog kiteorg kebih kurang mcm tu*

my heart just 'broken' sbb aku kecewa sgt.
but like ibu said to me just now,
'ibu tahu aiman dah buat yg terbaik'
'skg, tawakal sahaja'

aku hanya mampu jwb, 'inshaALLAH ibu'...
continue.... 'adik malas nk fikir... takut terbatal iman ni'

astaghfirullah, sampai tahap tu aku kecewa! aiman ! wake up !!!!!!!!!

ingat ALLAH aiman!
kita dh usaha, sekarang kita kena byk berdoa. okay ?

Tuesday, November 13, 2012

Dalam Dilema Sekali Lagi

astaghfirullah... istghfar sokmo aku bila aku down mcm ni..
erhhh !! tension.
apa yang menyebabkan aku tension?
sbb aku terlalu memikirkan exam next week.
sometimes i feel like i want to quit from here.

ohh ALLAH, adakah jalan yang aku pilih ini adalah yang terbaik dlm hidupku ? ataupun aku telah salah memilih jalan hidup utk kali ketiga, ya Rabb ?

thanks a lot kpd amalina, sbb always give me supportoo... :D

kuatkan semangat aku ya Rabb ...
T_T

Saturday, October 6, 2012

terseksa tanpa ubat TAPI...

assalamualaikum !
hah, penat tak terkata gara-gara senior junior event.. haha... tapi aku enjoy and tak menyesal pun join event senior-junior ni :)
waktu join event ni badan aku totally not 100% active.. i mean aku tak sihat =D
ok, mula aku rasa sakit pada hari jumaat.
tekak ni dah tekan hon banyak kali dah nak bagi tahu kat aku yg aku akan dilanda sakit tekak. hahahaa... memang sakit... semua yang aku telan dah hilang nikmat sedapnya rezeki tu... tapi aku bersyukur sebab masih boleh makan dan minum :)
perkara ni berterusan ke malam... malam tu aku rasa badan ni dah mula naik suhunya :p
memang tak larat sangat2... aku pun terus call ibu, nak report yg aku tak sihat...
haha, nak kata aku anak manja ? silalahhh ! i don't care :p
ibu suruh pi klinik panel TM kat medan gopeng. tapi bila fikir tak ada kenderaan, aku buat keputusan untuk tunggu sehingga hari isnin untuk pi beli ubat kat pharmacy UO... nak tak nak, tahan je lahh.
lepas tu, aku msj epul... sembang-sembang dengan dia pasal strepsils. haha...
he said, dia dah belikan strepsils, nanti esok (sabtu) dia bg...
----------aku just kongsi apa yg patut-----------
----selebihnya, x leh , okay ? :)   -------------------------------------
aktiviti senior-junior tu memang best, dapat kenal2 ngan senior pharmacy adalah satu kelebihan :)
pukul 2.30 ptg sampai asrama... fuhh, memang x terasa kaki ni :p
tidoq sat tp tak lena sebab aku rasa loya and muntah air dua kali.... erk !
hari kedua aku tanpa ubat, hanya bergantung pada ALLAH dan strepsils yang epul bagi... astaghfirullah, istighfar banyak2 aku dibuatnya... sebab sebelum ni aku ada ibu or abah untuk bawak aku pi klinik but now i'm far far away from them...  :'(
amalina suruh makan panadol but i don't want panadol.
diteruskan dengan hari ketiga aku tak sihat iaitu hari ni lahh (ahad) ... adalah nampak kurang sikit....
alhamdulillah :)
esok lepas kelas nk pi pharmacy ... nak beli ubat selsema :)
ingat lahh ALLAH sentiasa ada. . .
syukur kepadaMu ya RABB, sebab memberi aku kekuatan untuk melawan sakit yang aku hadapi skg...
terima kasih ALLAH :)

Tuesday, September 25, 2012

him.... Thanks ALLAH

assalamualaikum dan selamat malam.. sat gi lagi 30 minit dah pagi.... haha
okay, today i would like to share about...... him.

his name is .... 840l. :)
secret larr.... nanti heboh satu bumi..... yang jeles tu ada je nak cara nye nak kenakan aku...
suka hati lahh korang !

sejak aku mendengar nasihat from daddy bila aku (ditemani kak ika dan nani) menceritakan apa yang aku rasa terhadap diaaa...
yang aku igt till now is... JUST BE YOURSELF.
that is it. you know why ?

sebab utk memiliki atau menyukai atau mungkin mencintai seseorang.... one must be himself or herself... because being yourself is just great ... maksudnya... kita akan rasa lebih selesa and tenang bila kita menyukai seseorang itu dengan menerima siapa diri kita dulu. haha belit-belit kan ayat ni ?
hahahaa

padan muka !  nak faham, silalah buka kamus sendiri :p
buerkkk, ada aku kisah...
hahahahahaa :D

tp, TERIMA KASIH ALLAH sbb kau beri aku anugerah iaitu aku dpt menjadi diri aku bila aku berdepan dengan dia. dan.. kepada si dia : i like you because ALLAH and like you because who you are even awak suka perli org.. haha

Wednesday, September 19, 2012

*bunyi cengkerik*

okayy, assalamualaikum dan salam kemaafan daripada aiman di sini :)
pernah tak dengar ayat macam ni :
'...bosan sampai rasa nak menangis...'
pernah?
kalau tak... silalah dgr aiman nak mengayat di blog usang ni hah...
it was yesterday.. i'm chatting with miera diela..
i told her that i was totally bored till i felt like i want to cry..

aiseyh !!! english memeyh laarhh !
maaf la kalau ada salah sewaktu mengarang dlm english ni hah... we learn from mistake, right ?
okay :)

hmmmm....
aku rasa bosan bila tak tahu nak wat pe.. bila dah abes wat semua perkara yg aku nak buat.. haha
cuba kaji balik kenapa dan bagaimana kita boleh bosan sedangkan ALLAH menyuruh kita untuk sentiasa beribadah kepadaNYA...
so, fikir-fikirkanlahh

:)

Friday, September 14, 2012

Susah Untuk Kuluahkan :')

last week, semua student pharmacy sem 1 ada mid sem exam..
WOW!!!!!!!!!!!!!!!
itulah yang mampu aku ucapkan lepas habis exam.. i mean last paper, yesterday..
aku rasa satu perasaan yang tak mampu untuk kuungkapkan..
i say man.. ayat aku !

seperti entry di atas tuhh..
i have a problem but i don't know how to explain..
i just don't know.

kisahnya bermula hari selasa 2 minggu lepas, aku n friends ada assessment basic form.
kami ada 2 questions yg kena hantar dalam masa 2 jam kot. aku x pasti laa.. dah lupa :)
mungkin aku silap membahagikan masa, so aku hanya siap 1 question sahaja.. lepas ja keluar from the lab, i took all my things(bag, bekas n so on).. terus ke hujung koridor tingkat 3.. kawasan tu agak senyap sedikit so aku terus call ibu.

aiman : .........................................*tengah menangis*
ibu : aiman ? knp ni? aiman kat mana ?

--------------------------ok perbualan ni hak privasi----------------

lepas luahkan segala2nya kat ibu.. aku terus ke masjid ditemani amalina :)
thanks amalina sofea, i love u larhhh :)
kat masjid aku rasa tenanggggg sgt2...
selesai solat, aku hantar amalina balik kolej n terus ke UO.. makan ler apa lg :)
kat sana jumpa, kak ika, ika, sher, dan nani...
makan..makan..minum...
sembang dan aku menangis sekali lagi .. perh !!
aku minta maaf pada nani n kak ika sbb muni mmg macam ni.. muni jenis yg pendam sbb muni x reti nak luahkan apa yg muni pendamkan.
mungkin boleh, tp slow2 :)

then i msj daddy.. daddy pun bg nasihat... walaupun ayat itu pendek tp mendalam maksudnya.
thanks daddy :)

Thursday, August 30, 2012

Malam yang Tenang

assalamualaikum dan happy selalu.
ok, tadi baru ja selesai solat jemaah kat blok C.. dengan kakak-kakak senior..
hah, tenang.... malas aku nak fikir masalah duniawi.. BUAT MALAM NI JA..
AMBOIHHH !
=D

ok, hmm, aku happy sebab tadi belajar physical chem ngan miss Khor.. perh !
terbaik.. sbb aku dok depan sekali dengan kak ika & nani... disertai dengan epul.
haha
kebetulan hari ni ada quuiz intro pharm.. hah, kebetulan ke ?
:p

alhamdulillah tadi quiz aku dan member-member lain boleh buat ..
fuhhh, selesai beban pertama..
akan datang mesti lagi mencabar kan ??

alhamdulillah malam ni aku rasa tenang :)
heheheee

i love ALLAH :)

Tuesday, July 3, 2012

KENAPA BILLIONAIRE ?

assalamualaikum dan moga-moga semua dalam keadaan yang diredhai ALLAH. inshaAllah. :)
ok, hmm.. sebenarnya sekarang ni aku sedang dilanda masalah.. more kepada peribadi sebab tu tak mahu kongsi di sini.. cuma mahu kongsi seperti entry di atas..hehe

'KENAPA BILLIONAIRE?'
satu persoalan yang aku dah jumpa jawapannya , inshaAllah..
setelah hampir 18 tahun aku hidup dengan izin Allah.. akhirnya aku telah membuat keputusan untuk menjadi seorang billionaire yang beriman...
banyak perkara dan benda yang aku nak betulkan.. aku nak tolong orang :)
tapi apa-apa pun aku nak bantu keluarga aku.. itu first thing yang aku fikirkan..
semua orang nak jadi kaya.. tak ada sesiapa pun yang nak jadi miskin.
kaya di sini tidak terarah kepada duit, wang berjuta-juta . terpulang pada pandangan individu masing-masing.
ok, back to the story, hehe..
aku nak bawa ibu, abah, atok, tok wan pergi jauh daripada malaysia iaitu madinah atau makkah..
semoga ALLAH merahmati dan meredhai impian aku yang satu ini.
kalau diajuan soalan kenapa .. aku akan jawab ..hmm, maaflah.. tak dapat kongsi di sini :)
lepas habis diploma aku akan mempertimbangkan sama ada aku nak sambung degree or berbisnes :)
haha
nak gelak, silalah.. tak larang pun.
pesan Dr. Nik kat aku.. belajar setinggi yang boleh, mampu..inshaALLAH
baik Dr. , saya akan buat yang termampu..
kadang-kadang kita dah merancang sesuatu perkara tu..molek-molek je..
hehe, tapi percayalah sesungguhnya perancangan ALLAH itu lebih baik.. dan memang terbaik.
oh sebelum menutup story aku hari ni,
aku nak kita semua amalkan sifat bersabar kerana sabar itu banyak tersimpan hikmah tersendiri..
*hah kau, dah lama aku tak mengarang.. takut salah buat ayat lak..hehe*
hmm, mengarang di blog antara salah satu hobi aku.. tapi tak termasuk top 3. haha
ok, jumpa lagi ya anti, anta, antuma, antunna, nahnu :)
assalamualaikum :)

Monday, April 30, 2012

sambung belajar

assalamualaikum semua.
okay hari ni nak cerita tentang ...hmm... sambung belajar.
okay.. oh ya, aku guna perkataan betul ..maksudnya no shortform (kot), and i will do my best untuk mengarang blog ni menggunakan perkataan yang betul..kecuali perkataan ni, tu, dan lain-lain lagi..
hahahaha...
okay, result SPM aku tak lah cemerlang , so disebabkan itu, aku kena tanggung segala risiko yang bakal datang.
tapi, inshaAllah, aku akan terima segala dugaan Allah dengan ikhlas, inshaAllah.
dengan berbekalkan 2 A, 1 A+ untuk Bahasa Melayu dan 1 A untuk matematik, aku akan menempuh dunia luar dengan lebih selektif.
yes aku mengaku, aku dah buat big mistake in my life dengan putus asa masa tingkatan 4 dulu. it was okay but now, i understand what is it i my life that i needed the most.
it is Allah.
i want Allah to be with me all the time.. alhamdulillah.
okay, inshaAllah aku akan sambung diploma mungkin dalam bidang sains komputer atau sains farmasi.
tawaran untuk belajar di mesir masih dalam pertimbangan aku...
mungkin semua akan kata, aku akan rugi andai melepaskan peluang ni, tapi aku cakap kat korang.. andai aku ni ada RM 1 juta, inshaAllah aku akan pergi.. malah aku akan bawa parents aku berhijrah ke sana..
inshaAllah 7 mei ni tawaran upu keluar, so aku akan membuat pertimbangan sekali lagi.... semoga Allah memberi aku petunjuk dan menunjukkan aku sama ada pilihan aku ni betul atau tidak.
syukran, Ya Rabb.

Thursday, February 2, 2012

Saya Dapat SMS

assalamualaikum semua.
hmm, hari ni nak kongsi kegembiraan abg saya iaitu abg aril
abg aril dpt masuk U !! TAHNIAH!!

jam 6.40 ptg

handphone baru habis charge
cek2 ada msj
lalu saya pun membacanya (adhoi ! agak skema ayat saya ni yeeh)

abg aril : assalamualaikum, man. abg dpt masuk uitm shah alam
aku : alhamdulillah.. uitm tu.. (aku x igt aku tulis apa lagi). abg aril amek koz apa ?
abg aril : photography (betul ke aku eja ni ? huhu )
aku : congrat senpai !
abg aril : terima kasih.

well, what i want to share with you all here is.. always hope for the best and pray fot the best to ALLAH SWT. then we will get the best, inshaALLAH.

never give up even sometimes we didn't get as what we want. always put your trust towards ALLAH.

ALLAHUAKBAR !

to abg aril : good luck brother ! i support you, senpai :)

Popular Posts