Tuesday, August 24, 2010

ORANG YANG BERJAYA DI BULAN RAMADHAN

1. LANGKAH2 UTK BERJAYA DI BULAN RAMADHAN ;

-Mengetahui sunnah Nabi S.A.W ketika berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengikutinya.
-Memahami hakikat berpuasa.
-Mengetahui kesan2 puasa dlm hati dan pada anggota badan manusia.
-Bersegera merebut setiapdetik2 di bulan Ramadhan dgn beribadat kpd ALLAH.
-Elakkan dari membuang masa yg terbaik di bulan Ramadhan dgn perbuatan sia-sia atau dengan sifat malas dan lalai.

2. TIGA PAKSI UTAMA PUASA

!! Menahan perut dan kemaluan dari syahwat !!
!! Menahan pandangan mata, lidah, tangan, kaki, telinga dari melakukan dosa !!
!! Puasa hati dari sifat-sifat keji dan fikiran yg boleh menjauhkan diri daripada ALLAH !!

3. SENTIASA INGATLAH ;

1- Sabda Rasulullah S.A.W : barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang bohong dan beramal dengannya (perkataan bohong) dan kejahilan (mencela, mengutuk, dan bercakap sia-sia), maka ALLAH tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minum.
[HR Al-Bukhari]

2- Sabda Rasulullah S.A.W : celakalah bagi seseorang yang sempat berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian Ramadhan berlalu tetapi ia masih belum diampunkan dosanya.
[Hadis Riwayat Al-Tirmizi]

3- Sabda Rasulullah S.A.W : berapa ramai orang yang berpuasa, (tetapi) habuan daripada puasanya hanyalah lapar dan dahaga. Dan berapa ramai orang solat malam, (tetapi) habuan dari qiamnya hanyalah setakat berjaga malam sahaja.
[Hadis Soheh-Riwayat Ahmad]

4. OBJEKTIF RAMADHAN ;

1- Khatam Al-Quran setiap tiga hari sekali, atau lima hari atau setiap tujuh hari. (kalau tak mampu juga, dua kali sepanjang Ramadhan)

2- Menjaga solat terawih dengan sempurna bersama imam sepanjang Ramadhan. Sabda Rasulullah S.A.W : barangsiapa yang solat bersama imam sehinggalah imam selesai (memberi salam), ditulis untuknya qiamullail (sepanjang malam)
[Hadis Soheh-Riwayat Ahmad dan Al-Tirmizi]

3- Menjaga solat lima waktu secara berjemaah sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya selepas Ramadhan. Sabda Rasulullah S.A.W : barangsiapa yang solat kerana ALLAH empat puluh hari secara berjemaah, sempat takbiratul ihram (bersama imam), ditulis untuknya dua pelepasa iaitu pelepasan dari api neraka dan pelepasan dari syifat nifaq.
[Hadis Soheh-Riwayat Ahmad]

Adalah salafussoleh apabila mereka terlepas takbiratul ihram bersama imam, mereka akan mengucap takziahh (tanda musibah) sesama mereka selama tiga hari dan apabila terlepas solat berjemaah, mereka mengucap takziah sesama mereka selama seminggu.

4- Berjaya mendapat ganjaran tiga puluh kali haji di bulan Ramadhan. Iaitu dengan duduk di masjid selepas solat fajar dengan berzikir dan membaca Al-Quran sehingga waktu syuruk. Sabda Rasulullah S.A.W. : barangsiapa yang solat fajar berjemaah, kemudian dia solat dua rakaat (solat isyraq), adalah baginya ganjaran pahala melakukan haji dan umrah. Sabda Rasulullah S.A.W. : Sempurna, sempurna, sempurna.
[Hadith Soheh-Riwayat Al-Tirmizi]

5- Menghidupkan sunat i'tikaf.

6- Mengamalkan zikir pagi ( selepas solat fajar dan sebelum terbit matahari ) dan zikir petang ( selepas asar dan sebelum maghrib ).

7- Berjaya mendapat ganjaran haji bersama Nabi S.A.W. dengan menunaikan umrah di bulan Ramadhan.

8- Menyumbang usaha, wang, dan tenaga untuk program iftar kepada orang berpuasa.

9- Memburu lailatulqadr dan menghidupkannya dengan ibadah yang ganjaran pahalanya ialah beribadah selama lebih 83 tahun.

10- Menjaga solat sunat raatibah (12 rakaat setiap hari) dan buka raatibah. Sabda Rasulullah S.A.W. : dua rakaat (sunat) fajar adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.
[Riwayat Muslim]
Sabda Rasulullah S.A.W : barangsiapa yang solat dua belas rakaat setiap hari dan malamnya maka akan dibina untuknya sebuah istana di syurga.
[Riwayat Muslim-728]

11- Tinggal dan jauhkan kesilapan2, kemungkaran, dan percanggahan dengan hukum ALLAH sama ada dalam pakaian, imej, dalam rumah, dan ketika bersama kawan2.

12- Perelokkan akhlak bersama orang lain khususnya dengan isteri, anak2, ibu bapa, saudara mara, jiran tetangga, sahabat dekat dan jauh.

13- Tinggalkan semua perkara yang haram dan mungkar seperti mengumpat, dengki, mengadu domba, memfitnah, memperlekehkan orang lain, marah, khianat, dan menipu.

Friday, August 6, 2010

siput sedut

assalamualaikum saudara seislamku..
hari ni aku nk story pasal kisah smalam.. nk tahu pe dia??

~SIPUT SEDUT~

smalam mkn mlm ngan ibu.. lauk ala kadar je arh kan.. then, bila aku tgk ibu mkn siput sedut tu.. mcm sedap je an.. aku pun test arh.. sedut! slurp.. slurp.. slurp.. seekor abis aku mkn.. then amik lagi seekor.. slurp.. slurpppp.. huh..huh.. OXYGEN ! aku perlukan oxygen.. aku salah teknik sedut.. huhuhu...

ni yg ketiga larks... sedut ~ slurp.. slurp.. keluar sikit.. next, nk tahu aper terjadi..??
aku x sedut kali ni.. aku ambil guna tgn.. hehhee.. :p
dah buang bnda keras berbentuk piring ufo tu.. aku tarik arh..
hahahaaha

CUBA TEKA APA BERLAKU ??

GUESS... NOW..
ada ganjaran saper yg betul.. hahaha
apa ganjarannyer??
last perenggan nanti aku g tahu..

ok, sambung balik.. dah tarik tu.. er, tetiba aku terbayangkan siput.. menggigil aku.. apa lagi an, terus la aku campak siput tu.. er.. swear, lps ni aku x nak lagi mkn siput yg perlu disedut tu... ish3.. aku rasa, lala lagi sedap.. huhu.. (pandangan aku sahaja)

ibu dan aku tergelak bila aku menggigil tadi.. hahahaha ~

ok, ganjarannyer.. korunk kena makan seguni siput sedut...haahhaaha

SLURP...

Popular Posts