Tuesday, December 21, 2010

Farewell to my facebook account

today is tuesday. 21 / 12 / 2010.

i've deactived my facebook account for a while. maybe for one year.
but, after i got my spm result in 2012. i'll come back soon.

so, if you all nk contact i, just here or myspace or twitter ok buddy ?

farewell from me to my facebook.

c ya next time !


Keep my Head High
Grab a Graphic from pYzam.com


Monday, December 20, 2010

bukan senang

assalamualaikum semua.

hari ni aku nk kongsi dgn korang sume ttg 'bukan senang'..
u know what's that mean.. ?
first of all, i want to say it's not easy to be my friend. although i'm such a friendly person BUT..
remember that word..'BUT'..

just like me and TNIG, atiqah ahmad kamal and 4SC2 buddy.. senang citer u all sume kwn i..

ok la, mungkin u all x fhm apa isi penting dlm entry hari ini.. ok, i terus trang je. i nak kongsi something about hipokrit.

tahun lepas, i menerima satu pelawaan ( more like request) from someone.. and someone tu adalah tamil. he asked me to be his bestfriend. u know, without thinking any longer (just like fastest train in CHINA, i approved his request).. maybe for that time i feel, 'yeah, mungkin dia boleh jadi kwn baik lelaki kot'.. so i terima la..
semakin lama dia jadi 'bestfriend' i.. i rasa x bebas n x selamat. wanna know why ?
sbb dia adalah lelaki pertama yg buat mcm tu dekat i. dia ikut je mana i pergi.. library, canteen.. and always wait for me. so i rasa kekok. if u r in my shoes (except u jenis yg sosial, x kisah bout everything, i hope u stop read my post) .. ok, if you are in my shoes maybe you'll rasa apa yg i rasa.

rimas, bosan, terkongkong..even my parents pun x buat mcm tu kat sekolah. kat luar sekolah like shopping mall, restaurant and so on .. of cause la every parents need to watch their children. sape la x sayang anak right ?

and i ni pulak jenis yg pendam rasa, jenis yg diam.. except i cerita kat kwn yg rapat in my life like hafizah. (i want to apologise to my TNIG.. x bermaksud korang x penting in my life.. u all is very important ok.. without TNIG buddy maybe i can't fight all the problem that comes to my life.. cuma hafizah tahu everything. she always here when i need someone to talk. i x nak kacau raisya, ayuni, aina, wani n ana.. takut korang busy study.. who know..? i'm sorry. i know maybe tindakan i ni.. tindakan yg bodoh sbb fikir mcm tu.. that's why i apologise. really sorry. i love TNIG. and always remember that.)

sejak tu, i langgar prinsip hidup i bahawa yang i x kan jadi hipokrit, sbb i benci sifat hipokrit. tanpa i sedar.. selama ni i pun hipokrit. hipokrit dlm persahabatan i dgn tamil. u know, depan tamil.. i buat mcm bestfriend dia.. but actually it's nothing than a LIER. hmmm.. yeah i know.. mungkin sape yg baca post ni, terus anggap i ni .. 'T E R U K', and maybe some of you will say this, ' OMG, TAK SANGKA AKU, AIMAN MCM NI..BLOODYHELL BETUL DIA NI'.. who know.. ?

then, i terus jadi hipokrit sampai tahun 2010. tahun 2010 penuh dengan mcm2 adegan dunia. i x dpt 8A in PMR.. kira gagal penuhi impian my parents. perh, what hurt the most is.. i da dissapointed my parents.

awal tahun 2010, tamil asked me.. dia ckp nk jumpa.. and i set la hari. hari jumaat lepas abis waktu sekolah. and after that.. i minta kebenaran ibu i utk jumpa dia kat sekolah after abis waktu sekolah.. ibu i x bg, so dad also.. i da cuba explain kan yg dia tu cuma kwn. nk jumpa i bukan buat apa2 pun.. just talk. but they never give me any green light. so i cancel my meeting with tamil. dan disebabkan i ni anak yg x boleh kena marah sikit pun.. i x bercakap ngan ibu i 3 hari.. my dad bg nasihat, nanti x cium bau syurga if gado dgn ibu. after one week, i mnx maaf kat ibu n abah i. honest and true. i x sanggup lagi tanggung akibat lawan ckp ibu. cukup skali ALLAH bg i sakit kepala yg teramat sakit. sakit yg x boleh ditanggung. so, betul juga cakap my parents. hmm, kalo la i lawan ckp parents i masa hari jumaat tu, maybe something bad will happen. mum, dad, i love u so much.

remember my friends, family first ok! don't be rude with your parents. do not ever do that.

sejak peristiwa tu, i decide utk menjauhkan diri drpd tamil. my brother x bg i kwn rapat dgn dia. ok. i'll do it.

ok, satu hari tu.. petang la lepas i bertugas kat library, i hang out kejap dgn azahar n tamil.. and that time my good friend, hafizah x de.. owh, that time i think i'll be dead sbb masa tu la, i decide utk berterus terang dgn tamil.
so, i citer but not everything kat dia.. why itu, why ini.. and everything. i hope dia fhm.

and in this month, i dah putuskan persahabatan dgn dia. sbb, i x nak jadi hipokrit. i x nak susah kan dia. i da x nak ada apa2 hubungan even as a friend dgn dia. so, next year untill forever, i da x kenal lg sape tamil. THE END.

hmm, maybe sampai sini dulu i kongsi kisah i.

and up to you all la nk ckp apa kat i after this.. i x kisah. and remember my entry today.. 'BUKAN SENANG'.. remember that.

ok, assalamualaikum.

Saturday, November 27, 2010

miss u !



salam 1 jiwa raga.. haha
ok, nmpak gmbr uh.. yg tgh terbaring tu 'antonio valencia'.
dia ni wing MU. taw x ??! x taw, u can ask me anytime. hehe
ok, skg ni dia injured. cian dia. btw, aku miss sgt kat dia. sbb valencia akn bermain semula musim depan ! WHAT !!!
lama.. sbb buku lali dia PATAH !

so, kpd kwn2 yg suka lasak n suka maen bola espeacially larh an.
TAKE A VERY GOOD CARE OF YOUR SELF OKAY !
bye.

Wednesday, November 17, 2010

mimpi

semalam atok ckp atok mimpi ibu da balek. ibu balek x g taw. llps tu atok ckp, atok terjaga.

------------------------------------------

petang tadi aku tertido dr pukul 11 sampai 4.30 ptg .(lama tu..)
aku mimpi aku nmpak ibu dan abah send gambar raya haji drpd mekah.

-------------------------------------------

ibu abah, adik rindu sgt kat ibu abah.

Sunday, November 7, 2010

Saturday, October 30, 2010

Banyak ke ?

pagi : kebab dan keropok lekor
petang : potato, bee-hun, manggo juice, kuria
petang : roti with butter jam.. perh sedap seyh.. ngan milo panas
malam : kuey teow lakna

disebabkan lapar.. dlm sehari aku mkn byk ni.. koz if i x mkn.. will get gastrik..

----------------------------------------

assalamualaikum.

Tuesday, October 26, 2010

da fed up lar !

mcm entry yg korunk baca uh..
huhu..

AKU DA FED UP LA NK AMIK FINAL EXAM..

BILA NAK HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAABBBBBBBBBBBBISSSSSSSSSSSSSSSSSSS ?!!!??!!?

-------------------------------------------------------------

Friday, October 15, 2010

!! FINAL EXAM !!

BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
MATHEMATIC
SEJARAH
FIZIK
CHEMISTRY
BIOLOGI
PENDIDIKAN ISLAM
ADDITIONAL MATHEMATIC



---------------------------
DUP DUP..


------------ ------------- -------------

bagaikan talian nyawa..

--------- ----------- ----------- ---------------------

-----------------------------------------

teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttttttttt ------------------- -----------

--------------------- ---------------- -----------
---------- ------------- ----------------
------------------------------------------------

Thursday, October 14, 2010

Kisah dia dan aku





kita temu kebahagiaan dalam perpisahan..
dia melalui ranjau kehidupan dia dgn cara dia tersendiri..
dan aku pun begitu jugak !

---------------------------------

masa mula2 kenal.. aku da mula tertarik dgn dia.. da tertarik tu aku mula suka kat dia.. masa tu dia baru lepas clash.. aku pun mula rapat ngan dia, begitu jgk ngan dia..
satu hari tu.. dia bg aku hadiah sebatang pen.. siap dgn note lagi.. balik rumah lps solat maghrib.. aku baca note yg dia bagi..
berbunga hati aku.. rasa bahagia sgt, bila org yg kita suka ckp dia suka kat kita gak.. masa tu rasa bahagia sgt..
dalam minggu tu gak, kiteorg da jadi kapel.. suka sgt2.. tapi bila kwn2 n ckg tanya.. kami jawab 'kiteorg teman tapi mesra'.. x pernah aku ckp yg 'kami kapel'..
malu n segan la katakan..
hari2, waktu balik dia tunggu aku kat dataran perhimpunan.. rasa happy sgt..
bila dia senyum aku senyum, aku senyum dia pun senyum.. suka sgt2..
seminggu pun berlalu cam tu..

ada satu hari tu.. kwn aku usik aku.. kwn aku ckp kat aku yg dia accident..
aku rasa terkejut sgt.. muka da risau da..aku ckp 'betul ke?' 'kat aner?'..
lepas tu diowg gelak.. pelik aku.. then kwn2 aku ckp, 'weyh, gurau je arh'..
fuh, igt kan betul..
x sangka.. syg gak aku kat dia.. hehe

---------------------------------

masa tu aku tgh hang out ngan member2 aku.. diowg ader ckp pasal dia.. diowg ckp dia pernah ckp yg aku x reti jaga hati dia.. asyik dia jaga hati aku.. rasa geram, sebak, kecewa.. mcm2 lagi..
then, aku sahut cabaran diowg iaitu clash ngan dia..
pagi tu aku jumpa dia kat kantin.. aku mintak clash ngan dia.. dia tanya kenapa ??..
aku pun cerita la.. itu , ini... bla.. bla..bla..
aku tgk dia rasa berat sgt..
lps clash aku rasa happy sgt tapi aku tgk dia sedih sgt..

--------------------------------------

dah sebulan clash.. aku rasa menyesal sgt sbb dgr ckp kwn..
kpd si dia..

'aku minta maaf sbb mengakhiri perhubungan kita mcm tu je..aku minta maaf gak sbb percaya ckp kwn..aku minta maaf gak sbb x berfikir panjang.. aku hanya mampu minta maaf ..'

MAAFKAN AKU..

Saturday, October 9, 2010

Sunday, October 3, 2010

MANCHESTER UNITED CLOCK !



i'm so happy.. u know why? yeah, already know.. good to know that..
at last, i got my manchester united clock..
or i called it, my morning pal..
haha..
this is from my parents, ha, not only me but my sibling also get one..
this presents was given to us because our parents will go to MEKAH..insyaAllah, if there's no 'obstacle', their flight will be on this november.. 3rd.. 2010.

Tuesday, September 21, 2010

Rindu

assalamualaikum kpd semua pembaca blog, bloggers dan manusia sekalin serta alien2 yg hadir..
hahaha.. aku da mula merepek..
bak kata tice ct 'tu la raya makan tat byk lagi'..
haha
i luv u larh tice..

ok la ari ni, entry aku adalah rindu..

---------------------------------------

seperti yang semua org tahu, rindu adalh satu perasaan yg x dpt nk diungkap..
itulah yg sedang aku hadapi..
hah ?!
aku rindu kat saper??
mezty larh pakwe aku..

haha
percaya ker?
gurau larh.. aku x maen kapel2 waktu skola.. hahaha

aku rindu dekat :

1) ALLAH
2) FAMILY
3) NUR SYAZWANI
4) UMMI IS
5) CKG MAZIDAH
6) AYAHNDA N BUNDA
7) MAMA ROSZ

------------------------------

kepada NUR SYAZWANI, aku rindu sgt dekat ko.. raya tahun ni, raya pertama je aku in mood of raya.. so on da ilang mood raya..
one more thing, u don't have to apologize because we know ur situation.. u know, now, u r not here.. u r in other country.. haha
anyway, just let u know.. we miss u so much here...
and i miss MY ISLAMIC GENERATION GANG..
u know who..
k last words from me..

I MISS YOU AND MISS YOU !

--------------------------------

ha, skg korunk da tahu la aku rindu saper??
saper??
sape??!!!

hah ?!

SALAH !

aku rindu seseorang...

Friday, September 3, 2010

hari ini aku geram !

assalamualaikum.. hai semua..
sihat ??

seperti mana yg anda baca kat entry atas tu.. 'hari ni aku geram !'

kisahnye mula begini..

ehem2.. hem... once upon a time, there was...

STOP !
aku da merepek.. lari topik..

da pukul 12.15 tgh hari, loceng pun bunyi arh menandakan balik..
seperti biasa aku tunggu la farahana dak 4sn 1..
tp dia x kluar agi koz aku x tahu dan aku x nak amik tahu.. wahahahahhahahaa... sound like evil !
then, masa tgh hang out kat luar with fiza, aku ternampak arh sara, ari, qiqi snap pic..
diowg nmpak cute masa tuh.. so aku shout tp x kuat arh.. shout sbb aper? sbb masa tu aku kat luar.. diowg kat dlm..
aku jerit apa ??

'wah, sara, qiqi, ari.. slamat hari raya.. maaf zahir batin.. budak comel.. bla.. bla.. bla..'

tetiba ader lak budak pandai tu tegur.. dari dlm klas dia arh..

'sshhss'..

dak lagi sowunk tu, kwn dia arh..
tunjuk tgn mcm halau anjing..
S***** thing la mamat dua org tu..

then, aku shout balek kat diowg..

'larh ! sape cakap ngan korunk !! aku cakap ngan kwn aku.. yg korunk asal ??, aku x cakap ngan korunk la ! BODOH !'

astaghfirullah, tu la dia api kemarahan.. apabila seseorg tu tidak dpt menahan kemarahan nya maka, akan terkeluar larh perkataan yg x sepatutnya..

masa tu, fiza try nk sejukkan hati aku.. dia ask me to relax.. it's ok..
thanks fiz..

moral value nye apa yg korunk dapat ??
cepat la !!

what ??

tak tahu ??

ala, kata BUDAK PANDAI ?!

ok lar, moral value : sesungguhnya sabar itu adalah separuh daripada iman

Tuesday, August 24, 2010

ORANG YANG BERJAYA DI BULAN RAMADHAN

1. LANGKAH2 UTK BERJAYA DI BULAN RAMADHAN ;

-Mengetahui sunnah Nabi S.A.W ketika berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengikutinya.
-Memahami hakikat berpuasa.
-Mengetahui kesan2 puasa dlm hati dan pada anggota badan manusia.
-Bersegera merebut setiapdetik2 di bulan Ramadhan dgn beribadat kpd ALLAH.
-Elakkan dari membuang masa yg terbaik di bulan Ramadhan dgn perbuatan sia-sia atau dengan sifat malas dan lalai.

2. TIGA PAKSI UTAMA PUASA

!! Menahan perut dan kemaluan dari syahwat !!
!! Menahan pandangan mata, lidah, tangan, kaki, telinga dari melakukan dosa !!
!! Puasa hati dari sifat-sifat keji dan fikiran yg boleh menjauhkan diri daripada ALLAH !!

3. SENTIASA INGATLAH ;

1- Sabda Rasulullah S.A.W : barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang bohong dan beramal dengannya (perkataan bohong) dan kejahilan (mencela, mengutuk, dan bercakap sia-sia), maka ALLAH tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minum.
[HR Al-Bukhari]

2- Sabda Rasulullah S.A.W : celakalah bagi seseorang yang sempat berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian Ramadhan berlalu tetapi ia masih belum diampunkan dosanya.
[Hadis Riwayat Al-Tirmizi]

3- Sabda Rasulullah S.A.W : berapa ramai orang yang berpuasa, (tetapi) habuan daripada puasanya hanyalah lapar dan dahaga. Dan berapa ramai orang solat malam, (tetapi) habuan dari qiamnya hanyalah setakat berjaga malam sahaja.
[Hadis Soheh-Riwayat Ahmad]

4. OBJEKTIF RAMADHAN ;

1- Khatam Al-Quran setiap tiga hari sekali, atau lima hari atau setiap tujuh hari. (kalau tak mampu juga, dua kali sepanjang Ramadhan)

2- Menjaga solat terawih dengan sempurna bersama imam sepanjang Ramadhan. Sabda Rasulullah S.A.W : barangsiapa yang solat bersama imam sehinggalah imam selesai (memberi salam), ditulis untuknya qiamullail (sepanjang malam)
[Hadis Soheh-Riwayat Ahmad dan Al-Tirmizi]

3- Menjaga solat lima waktu secara berjemaah sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya selepas Ramadhan. Sabda Rasulullah S.A.W : barangsiapa yang solat kerana ALLAH empat puluh hari secara berjemaah, sempat takbiratul ihram (bersama imam), ditulis untuknya dua pelepasa iaitu pelepasan dari api neraka dan pelepasan dari syifat nifaq.
[Hadis Soheh-Riwayat Ahmad]

Adalah salafussoleh apabila mereka terlepas takbiratul ihram bersama imam, mereka akan mengucap takziahh (tanda musibah) sesama mereka selama tiga hari dan apabila terlepas solat berjemaah, mereka mengucap takziah sesama mereka selama seminggu.

4- Berjaya mendapat ganjaran tiga puluh kali haji di bulan Ramadhan. Iaitu dengan duduk di masjid selepas solat fajar dengan berzikir dan membaca Al-Quran sehingga waktu syuruk. Sabda Rasulullah S.A.W. : barangsiapa yang solat fajar berjemaah, kemudian dia solat dua rakaat (solat isyraq), adalah baginya ganjaran pahala melakukan haji dan umrah. Sabda Rasulullah S.A.W. : Sempurna, sempurna, sempurna.
[Hadith Soheh-Riwayat Al-Tirmizi]

5- Menghidupkan sunat i'tikaf.

6- Mengamalkan zikir pagi ( selepas solat fajar dan sebelum terbit matahari ) dan zikir petang ( selepas asar dan sebelum maghrib ).

7- Berjaya mendapat ganjaran haji bersama Nabi S.A.W. dengan menunaikan umrah di bulan Ramadhan.

8- Menyumbang usaha, wang, dan tenaga untuk program iftar kepada orang berpuasa.

9- Memburu lailatulqadr dan menghidupkannya dengan ibadah yang ganjaran pahalanya ialah beribadah selama lebih 83 tahun.

10- Menjaga solat sunat raatibah (12 rakaat setiap hari) dan buka raatibah. Sabda Rasulullah S.A.W. : dua rakaat (sunat) fajar adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.
[Riwayat Muslim]
Sabda Rasulullah S.A.W : barangsiapa yang solat dua belas rakaat setiap hari dan malamnya maka akan dibina untuknya sebuah istana di syurga.
[Riwayat Muslim-728]

11- Tinggal dan jauhkan kesilapan2, kemungkaran, dan percanggahan dengan hukum ALLAH sama ada dalam pakaian, imej, dalam rumah, dan ketika bersama kawan2.

12- Perelokkan akhlak bersama orang lain khususnya dengan isteri, anak2, ibu bapa, saudara mara, jiran tetangga, sahabat dekat dan jauh.

13- Tinggalkan semua perkara yang haram dan mungkar seperti mengumpat, dengki, mengadu domba, memfitnah, memperlekehkan orang lain, marah, khianat, dan menipu.

Friday, August 6, 2010

siput sedut

assalamualaikum saudara seislamku..
hari ni aku nk story pasal kisah smalam.. nk tahu pe dia??

~SIPUT SEDUT~

smalam mkn mlm ngan ibu.. lauk ala kadar je arh kan.. then, bila aku tgk ibu mkn siput sedut tu.. mcm sedap je an.. aku pun test arh.. sedut! slurp.. slurp.. slurp.. seekor abis aku mkn.. then amik lagi seekor.. slurp.. slurpppp.. huh..huh.. OXYGEN ! aku perlukan oxygen.. aku salah teknik sedut.. huhuhu...

ni yg ketiga larks... sedut ~ slurp.. slurp.. keluar sikit.. next, nk tahu aper terjadi..??
aku x sedut kali ni.. aku ambil guna tgn.. hehhee.. :p
dah buang bnda keras berbentuk piring ufo tu.. aku tarik arh..
hahahaaha

CUBA TEKA APA BERLAKU ??

GUESS... NOW..
ada ganjaran saper yg betul.. hahaha
apa ganjarannyer??
last perenggan nanti aku g tahu..

ok, sambung balik.. dah tarik tu.. er, tetiba aku terbayangkan siput.. menggigil aku.. apa lagi an, terus la aku campak siput tu.. er.. swear, lps ni aku x nak lagi mkn siput yg perlu disedut tu... ish3.. aku rasa, lala lagi sedap.. huhu.. (pandangan aku sahaja)

ibu dan aku tergelak bila aku menggigil tadi.. hahahaha ~

ok, ganjarannyer.. korunk kena makan seguni siput sedut...haahhaaha

SLURP...

Friday, July 30, 2010

Give your stress wings and let it fly away by Terri Guillemets

hai everybody.. it's been a long time 4 me coz.. i dun know what to do now..
feel stress with friends and brothers.. owh, i feel like i wanna cry now..
i'm so tired.. tired to be strong.. am i strong enough ?

i wanna give my stress wings, so that, it will fly away from me..
i hate to hate people. but just because of their habit make me feel uncomfortable.. what do ya think if ur friend is a type of shit ?

owh man, owh girl.. i know who can solve this.. ME ! and i know where, i can story this all.. there is only you, ALLAH.

i wanna give my stress wings so that it will fly Away .. far away from me..
yeAh i know that is not good to hate this, that.. it is a fate for me..
huhu..

see ya !

Friday, July 9, 2010

! penat tapi enjoy !

assalamualaikum..
ari ni baru aku berpeluang utk mengupdate blog ni.. ok, seperti entry kat atas tu.. ialah PENAT TAPI ENJOY.. teka larh kenapa aku penat.. tapi enjoy... erm.. i'm waiting.. ermm.. ok la, x de saper nk teka.. aku je la yg teka teki sesorunk.. hurm..
mula dari hari sabtu, ahad dan isnin. aku n family g antar my oldest brother.. ker UNIMAP (universiti malaysia perlis) . my bro amik coz kejuruteraan elektrik. nmpak susah kan? mmg susah kalo x study n minat.. x caya? u can test it now ! ;p

k, kami mulakan perjalanan pada hari sabtu pada pukul 8 pg gitu.. then sampai kat jawi.. hoho.. pak su belah abah belanja kiteorg makan ! pak su seorang anggota polis trafik.. lps mkn, sementara tunggu ibu abah, pak teh mak teh ngan pak su bersembang.. aku, abg, nabil dan hazim g r maen kat playground kat sebelah kedai mkn tu.. haha.. mengeratkan hubungan adik bradik.. kiteorg sempat bergambar gak !
then, hampir satu jam tu.. kiteorg beransur ke rumah baru pak teh kat ambangan height.. cantek douh rumah pak teh ngan mak teh.. then, kira2 30 minit kiteorg gerak lak ke rumah mak teh dan pak teh kat smk selambau.. mak teh kerja sbg warden.. so tu rumah warden arh.. ade faham? smpai2 rehat la aku n laen2.. ape lg an.. dah penat
sgt2 ! lepas maghrib dgn x mandi gara2 penat.. aku tertido.. sementara yg laen makan kat meja depan.. aku tido kat dlm bilik yg disediakan.. penat sgt !!!
hurm, lps terjaga kira2 pukul 10 mlm.. lps mandi.. aku makan sorunk2.. sementara ibu gosok baju utk esok.. lps mkn tu.. aku tgk bola perlawanan antara german ngan argentina..
nabil sokong argentina.. tp bila argentina dah ketinggalan 3-0.. dia masuk tido.. kah3..

esok nya, tepat pukul 10 pg kiteorg gerak ke perlis.. utk daftar abg masuk u.. hoho.. ramai tu beb.. kiteorg parking atas bukit.. so kena turun bukit.. best arh.. tp bila nk naek tu yg leceh.. inertia beb !
then, tunggu larh hampir nk 2 jam abg aku daftar.. lama seyh.. ngantuk aku.. bila dahh abis daftar, kiteorg gerak ke gerai mkn.. lapar sgt ! dah abis mkn2.. g gerak ke asrama abg aku kat wang ulu.. agak2 nyer 25 km drpd kolej arh gitu..
sampai2 jer kat kediaman abg tu.. ya Allah.. susah nk di gambarkan.. then aku tolong la skit2 kemas barang.. lap habuk.. kira2 dah 5.30 ptg.. kiteorg gerak pulang ke rumah pak teh kat bukit selambau tu.. sebelum balik kiteorg singgah mkn.. perh, mungkin aku kelaparan.. sume yg aku mkn sedap.. sup dan tom yam terbaek arh !
then da abis makan.. balik arh.. disebbkn ngantuk.. aku n nabil tertido dlm keta nissan centra pak teh.. taw2 bgn tido dah smpai umah.. haha.. oopps, umah pak teh .. bukan umah abah.. hehe
rehat la secukupnya..

esok, kiteorg balek ke KLANG.. wah, aku rindu sgt2 nk tido atas katil aku.. haha

Thursday, June 10, 2010

MALAIKAT MAUT MEMERHATI WAJAH MANUSIA 70 KALI DALAM SEHARI

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.
SEDIH...kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

"Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

"Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

"Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian," katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
"Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

"Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah," katanya.

Thursday, June 3, 2010

StorY aBouT ExAm

bio

-ish3... ta taw nk komen per.. aku rasa fail kowt ... ta fail.. dapat C pown kira ok..

chemist

-insyaAllah target B or A.. tgk r, kalo ckg baek ati... dpt la.. serah pada takdir..

physic

-dun know what to say... paper 3, aku tak cukup masa..precaution tak sempat nk wat..ni gara2 aku siap kn experiment arh.. but, paper 2 ley tahan.. yg pasti soalan 1 aku da salah...hahahahhahaha.. paper 1 susah oooooo... kah3..
padan muka aku..
aku target dapat B.. kalo rezeki ALLAH nk bg.. aku target A..
hehe

sejarah

-'sejarah mungkin berulang..walo engko ku maafkn'... TETT..!! lari stiry lak.. haha..
aku rasa sejarah insyaAllah fail.. sbb smalam msj ngan ckg din.. ckg ckp markah terowk..hukhuk.. nk wat cm ner...

bahasa inggeris

-paper 1 section B aku salah wat.. akibat tak baca soklan leklok.. aku wat psl festival.. waaaa..!!! aku tak baca abis.. soklan: a festical in ur area
so, satu festival je arh an.. tp aku wat byk2...huhu
paper 2 senang..
aku target A or A++.. insyaAllah..

bahasa melayu

-insyaAllah A.. no komen..hehehehe

pendidikan Islam

-wah, ku sangka senang tp mencabar keimanan ku supaya ta meniru..huhu..
ley tahan r soklan nyer... sedih2...

add math

- wah.. gempak deyh... paper 1 susah ouh... pecah hati aku..kah3..
(ade ke hati pecah??) pelik2 r aku ni..
hehehe
but, serius r aku ckp..paper 2 is more easy than paper 1... ta caya da... wa taw lu pandai..so, tak yah r nk poyo kat blog aku...dgn sgala hormat..lu ley blah from here and my life la..!!

math

- aku dpt B..65... walopown terowk tp meningkat.. masa test 1 lagi terowk..huhu..
alhamdulillah aku ta fail...





to: teacher mai and nur syazwani.. i miss u two so much deyh...

Sunday, May 23, 2010

!!..EXAM CHEMIST, BI, BIO, BM..!!

ASSALAMUALAIKUM..
k ari ni story pasal exam.. exam per??
baca daa kat atas tu..
chemist paper 2 la susah.. paper 1 mencabar skit jerp.. pasal per??
MOLE..
yg dia bg berat tu agak susah utk aku mengalahkn soalan tu..
huhuhuhu..


bio..??
jgn cakap r..
aku target C da kira baek r drpd fail...
gilerw r soalan nyer..
nk tido pown x senang..
tido waktu exam..
wakakakkakaa.....

bi..?? pe cer..?
bahasa inggeris la yg paling aku relax wat...
aku x nk overconfident but aku target insyaALLAH dpt A or A+ ..
AMIN...

bm lak..?
ya ALLAH ... da insaf aku..
bm ni aku igt apa yg ckg ajar jerp..
tu la aku..
org study bm..aku study math..
bagussssssssssssssssss....
tp hope dpt A or A-..
AMIN....

Saturday, May 15, 2010

cerita boink

aku penat ngan semua
aku penat ngan semua
aku penat nk layan prasaan yg x tahu apa kesudahannya..

boink...
ni ayat wa k..
lu pe cer..??!!

next week da exam..
wa antara ready n x..
lu pe cer..?

smalam last jumpa ckg mai..
kat kp..
hope lps ni kita jumpa agi ea teacher..
kita hang out reramai..
best ouh..
lps tension..
make me smile..

zeto..
kwn baru wa..
stiap kali aku cari gaduh or sembang ngan dia..
wa tringat sama wani ouh..
miz her so much..

Thursday, April 22, 2010

kehidupan tingkatan 4

salam.. bismillah....
hari ni aku taip yg bebaik jerp...x de kutuk2..kalo ader pown sowi bebanyak..hahahaha

k, entry hari ni apa..?? kuat sikit...x dengar.... kuat la lagi.... ish korunk ni x mkn ker..? entry ari ni adalah KEHIDUPAN TINGKATAN 4..!!

ok, naek form 4 da x de da OBJEKTIF..!! kalo ader pown..ader r..hahaha..

subjek favourite CHEMISTRY..!! sayaaaaannggg.. sgt2 kat ckg mai... happy go A++...hahaha
tp bila teacher mai nk pergi..rasa, aduhai..lemah semangat...tp, aku tabahkan gak hati, jiwa raga niyh...hakhak.... aku kena blajar terima hakikat.. rasanyer lagi 3 minggu kowt..nk tahu btul ker x..kira r sendiri...adoi..!! pe2 pown...

GOOD LUCK TO TEACHER MAIZATUL FARHAN..!!!

subjek kedua add math..perh, syok ma blaja add math...dgn PUAN SHASKINAH...
bak kata teacher shas..' sy suara jer kuat, tp hati sy baik'...hehehe..akn ku igt ayat ni...
best add math....x tertekan....tertekan pown kalo x dpt jawapan..mmg geram r kalo x dpt jwpn yg btowl...
TP, bila da dapat jwpn yg btowl..perh...MENJERIT KEHAPPYAN...
x caya..??? TEST R BLAJA ADD MATH.... SYOK MA...macam2 ada...

laen2...biology, fizik, math, sj, islam, bm dan bi...

sejak masuk kehidupan f4 ni..banyak omwork x siap ouh...
tertekan sgt2...
tp bak kata kak raihan r...'..kalo da masuk klas sains mmg mcm tu..'
hakhak....
k tu je arh...




RINDU NUR SYAZWANI BT MOHD SHAHIMI..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1
ko la pengikat persahabatan antara geng....

Thursday, April 8, 2010

AKU X FAHAM..!!

what da heck la...
aku x faham btowl...kenapa la bila manchester united kalah bising giler kaw2...mcm r MU x pernah kalah sbelum niyh....pelik ouh...
kalo CHELSEA NGAN ARSENAL KALAH asal korunk x bising...
geram deyh....
da kalah, ok fine aku trima kenyataan..BUT yg korunk nk bising2 tu pehal..??!!
CHELSEA KALAH NGAN INTER x kecoh pown.....
ish, ish.....

BUT..

AKU DAN MANCHESTER UNITED FOREVER....

Monday, March 29, 2010

BLUR??

hari ni aku blur lps waktu rehat....lesu.....start waktu bhs inggeris larh aku blur..ngantok sesangat...
pastu dgn hormon yg x stabil, mula r mood aku ni terumbang ambing....
aku jerit kat umar...jerit kat kamarul....aduyai...ish,ish,ish....
tapi alhamdulillah waktu terakhir fizik ...x arh blur sgt...sbb ada kira2...
tp yg lawak nye arh waktu tgh bertugas kat pusat sumber...mmg aaku blur gilerw masa uh....
semua yg ustazah suwoh...aku blur jerp....eeeee......pelik tapi benar....
ish,ish,ish...
but balik tu terserempak ngan arif...saper arif niyh..??
buah hati aku r...hahahaha


gurau sudeh....arif from 3RK...usik2 la dia ckit...sembang2 jap...
igt an nk suwoh dia ntar balik..dandan cik van aku sampai...sso, terbatal la niat aku uh..hehehehe....

ok arh...

salam....

Saturday, March 27, 2010

!!!....KOIR....!!!

SALAM KETENANGAN....ok hari ni nk citer pasal koir...
seperti biasa kiteorg berlatih dlm tempoh seminggu....best sesangat...KENAPA EK??
sbb aku dpt release tension blaja, dpt spend time ngan ayahnda, adik bradik yg laen..ye arh, sejak masuk form 4 ni dapat la rasa....mcm kita ni jauh...
lagi2 aku da x sama klas ngan yg lain...huhuhu...
so, hari ni arh PIBG nyerh...
kiteorg da get ready dari pukul 7.30 pg lagi...BAIK AN?? hehehe
BUT persembahan nyer dalam pukul 12 tgh hari....ish, ish, ish...hehehe...
first persembahan choral speaking...adik2 form 2 wat...perh, leh tahan r gempak nyer....
aku rasa tercabar larkss...hahahaha....so, semangat tu dtg utk wat yg lebih baik....
tiba time kiteorg ...aku, echa, eyza...rasa berdebar lain mcm uh....wow...susah nk gambarkan....heheh...
mmg enjoy abis.....best sesangat....first lagu TANAH PUSAKA...then LAGU RAKYAT...
da abis berkoir uh, kiteorg bersnap snap gmbar kat blakang bangunan.....wah..!!!!!!!

TAPI...

aku sedih r sbb kena balik awal....koz ada hal kat KL....mm, tp, ptg uh aku da msj ayah....rasa la lega skit sbb masa balik td x smpat nk jumpa ayh....
so, tahniah r sesapa yg dpt ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG....

kpd syuk: smoga cpt sembuh.....amin...

k, smpai sini lurh...
tgk r pic kat bwh ni ea...

ENJOY..!!!!






Tuesday, March 23, 2010

cerita bulan 2 dan 3..

assalamualaikum dan salam rindu.... bukak gak blog tersayang akuh niyh.....thanks kpd TEACHER MAIZATUL....
kisahnya mcm niyh...
di luar bilik guru.. aku, sara and apam g jumpa ckg kesayangan kami itu..hehe....borak2...borak2....then, teacher tanya..'napa dah lama x update blog?'..owh..baru aku terigt....so, skg ni aku nk mengupdate blog puas2..haha
kerja skolah pown x da rasanya...eh, ada r..'KIMIA', SEJARAH...hukhuk...x pe2...mlm ni akan kubereskan..haha
ok la, citer pasal aku dlm bulan 2 and 3....

..BULAN 2..

masih blur blur lg...
kenal ngan semua budak2 form 4s2..
kenal ngan cikgu baru...
iaitu: TEACHER HARANI, TEACHER MILA, TEACHER MAIZATUL...
diowang mmg sporting abis..
sbb tu aku syg diowg..
tp, kiteorg ngan teacher mai smpai bulan 5...
huhu aku sungguh sedih..
harap dpt dia ajar smpai abis form 5...
ada org mnx kapel..
dan aku tolak..
aku rindu wani..

..BULAN 3..

aku ada skandal..
tp bukan kapel..
haha
aku lepak ngan raisya dan wani kat umah raisya..
x adil..
sbb diowang dpt naek moto..
aku x dpt..
ada koir ngan akak2 abg2 form 5, 6..
dibawah bimbingan ayahnda wazir..
dibantu ckg din dan laen2..
aku dpt 4A 3C 2F utk test 1..
terowk kan..????
haha..
dan makin byk pressure..
dalam pelajaran...
aku kena pandai susun masa..


ok, itu je arh citer aku utk sekarang niyh.....ok, pesanan oleh aiman: sentiasa jaga hati ibu bapa anda..jgn sesekali tipu mereka....
hakhak..
ok, salam.................

Friday, January 22, 2010

Erti Persahabatan by metallian

Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah... ertinya persahabatan

Ada kalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala... oohhh

Bersamalah teman kita hargai
Mahkota suci... oohhh
Bersamalah teman kita harungi
Istana erti persahabatan

Berkekalanlah hendaknya
Kemesraan diantara kita
Seandainya tak lagi bersama
Semat kenangan mengusik jiwa... oohhh

Friday, January 15, 2010

Berkongsi pengalaman lalu

assalamualaikum...aku hanya nk kongsi pengalaman lalu aku..bukan nk bukak aib sendiri..tetapi sbg pengajaran utk korang semua....JANGAN LA SESEKALI KORANG SAKITKAN HATI IBU AYAH...JAGALAH HATI DIORANG TU SEBAIK YG MUNGKIN...SESUNGGUHNYA KITA NI SBG ANAK TAK MAMPU NK BALAS SGALA YG TELAH DIBERIKAN KPD KITA..
secara jujurnya, aku pernah lawan ckp ibu..
aku anggap ini sbg peringatan kpd aku....sampai je kat rumah..kepala aku ni bagai nk pecah...tahu apa tu PECAH...mcm tu la sakitnya kepala aku...rasa bagai nk pecah...
mungkin ini balasan untuk aku sbb jd anak derhaka...
itu kisah lama..
SEKARANG, AKU DAH BERUBAH....BERUBAH DAN BERUBAH....dan BERUBAH, DAN BERUBAH BERUBAH..
UNTUK MENJADI ANAK YG SOLEHAH....
terlampau byk dugaan yg dtg...
so, fikirlah dulu sebelum buat sesuatu..
salam insaf..
assalamualaikum..

Monday, January 4, 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2010

assalamualaikum dan salam happy2....
hari ni mcm dak2 laen, aku masuk pintu gate skolah..(dah tu jer pintu masuk nyer....ngeeeeee...^_^) kawan first aku nmpak, HUDA....terkezutttt aku...she got 8A's.....kebetulan pg tu hujan..syukur alhamdulillah..(menggigil akuh..)
ronda setengah skolah tu..jmpa la kekawan yg laen....
bila dah beratur..cikgu arahkan kiteorg masuk klas.. 4SN 1....
TUP..TUP...NAMA AKU, EYZA, AINA NGAN NANA TA DER...huh wat da hell is going on here..?? g la cek nama...la nama kiteorg ada at klas sbelah... 4SN 2....aaarrrhhhh...masa first masuk klas tu..sume dak2 yg ada dlm klas tu diam...pahal korunk diam r..?? nmpak antu ker..?
actually dlm klas tu ada dak BA...KITEORG TA LA RAPAT SGT walopun klas sbelah2 masa form 3 dulu....
huh, muka cuka r masa first masuk klas tu...perh, very2 berbeza r persekitaran nyer...
then, problem lak...guru klas ta gak masuk2....aku da mula frust....mana r cigu niyh..??!!!!
dah 1 hour 30 minutes...cigu math masuk.....kesian at kiteorg sbb..DA R GURU KLAS TA MASUK...JADUAL KLAS PUN TA DER...ISH...WAT A MESS..!!
tp, lepas rehat tu da ok r ckit......blaja cam bese....tetiba lak ada pengumuman...' SEMUA PELAJAR DIMINTA KE TAPAK PERHIMPUNAN KERANA PERHIMPUNAN RASMI AKAN DIADAKAN'.....huh....da r tgh panas2 tu..(tp, neraka lg panas lorh)
cikgu pun berucap la...bla....bla...bla....
hmm, ada r lagi satu jam sbelum balik...cikgu kata ..'SEMUA PELAJAR DIMINTA MASUK KE KELAS MASING2'....huh....wat..!!!
tanpa membantah...aku pun masuk ler ker klas..
blajar EST...not bad la...
tetiba bunyi loceng...'KRIIIIIIIIINNNGGGGGGGGGGG'!!!!!!
wat happen next..??

GO HOME LA......
hehehehe...k, tu jer kisah hari niyh...
bobye....

Saturday, January 2, 2010

SLAMAT DATANG 2010..

hype....
cam ta caya jer...dah 2010...sbb 2009 byk cgt kenangan...pahit dan manis..
aku citer kisah 2009..

aku kenal apa itu sayang...
aku merasai apa itu sakit yg sebenar..
aku belajar daripada pengalaman..
aku terasa hati dengan ex aku..
aku simpan dendam ngan orang..
aku rasa sakit bila berdendam..
aku rasa aman bila dah maafkan org yg aku berdendam..
aku sedih bila dah tak rapat mcm dulu..
aku sunyi..
aku masih mencari keamanan yg sebenarnya..
aku kehilangan sorang kwn sbb dia pindah...
aku rasa peritnya bila gagal dlm sesuatu perkara..
aku berubah..

tapi itu sume kisah 2009..sekarang dah masuk tahun baru...2010...aku berazam..
aku nk berubah....

kisah 2010 lak..

aku dapat ayat baru..
THERE IS NO ROOM FOR FAILURE..
aku wat lirik gabungan menggunakan lagu bsb straight through my heart..

" A SINGLE BULLET GOT ME,
AND I CAN'T BELIEVE IT,
BUT I CAN'T GIVE UP NOW,
CAUSE THERE IS NO ROOM FOR FAILURE,
HOW BAD IT WAS I WILL NEVER GIVE UP,
CAUSE THAT'S MY RULES........"

ok lah, HAPPY NEW YEAR.....

Popular Posts