Thursday, January 31, 2013

aku tak mengerti apa yang kurasa

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ^^

hmm, hari ni entry sangat mendalam maksudnya... *tarik nafas dalam-dalam supaya minda aku tenang*
sebenarnya aku tak faham kenapa secara tiba-tiba aku menjadi seorang yg cepat TERdiam dengan gurauan seseorang. mungkin bagi dia kata-kata itu as a joke but kenapa aku take it seriously ?
hmm, mungkin sbb penat kot. tp takkan la penat hari-hari, am i right ?
astaghfirullah, ya rabb, lindungi lahh hatiku ini daripada sebarang perkataan EGO.

hatiku tidaklah sekering hatimu,
hatiku tidaklah selembut hatimu juga,
tapi aku juga mempunyai hati aku yang tersendiri.
sampai bila aku nak tahan dengan semua ini ?

------------------------------------------------------------------------------------------------

*sambil menulis blog sambil melayan lagu here without you*

aku pernah mengutarakan soalan ni kepada housemate aku...
soalannya -> hmm, memang betul sabar tu banyak hikmahnya, aku mmg tak nafikan. subhanallah, mmg banyak hikmah. tapi sampai bila kita nak sabar dengan perangai orang yang tak pernah cuba jaga hati kita ?

siapa ada jawapan, komen lah yer..

seterunya, pernah tak dengar ungkapan... apabila orang buat kita, maksudnya kita pun pernah buat something pada seseorang... cuma kita terlepas pandang.
ok ini lagi satu hal, bila aku tanya aku ada buat salah ke ? jawapan yang diberi tak la, aku ok je la, itu dan ini dan seterusnya... hmmm, lepas tu buat-buat tak kenal aku bila aku mengusik or bergurau dengan kau... T_T
sakit weyh hati ni... astaghfirullah :')

jom la istighfar sokmo daripada terus meluahkan perasaan kat blog ni.... manalah tahu tanpa sedar kita dapat dosa free-free je... huhu..

orait, hiduplah dengan bahagia ya sahabat .
saya sayang awak kerana Allah :D

Friday, January 25, 2013

welcome to where ever you are

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

alhamdulillah masih lagi boleh menghirup Oxygen yang Allah beri kita pinjam buat sementara waktu :)
so mudah je, cakap je Alhamdulillah sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah :D

hmmm, act, nak update blog ni pun sebab aku teringat kat memori 2011. just an awesome memory that i can remember, or should it be i 'MUST' remember because of them i find out who am i actually without help from the one that i thought i can depends on.
hah amek kau ! english aku berterabur ! astaghfirullah. maaf kalau ada yang terasa.
and i must thank to my parents because they always be on my side whether when i am up or down ! :)
hehe

ok lah, semua kawan-lawan aku dah sambung study. oopps, kenapa kawan-lawan ? typo error ke aiman ? tak la, saja je :)
k, fine aku betulkan.... 'kawan-kawan'...  ^^

now i am here with my new awesome, marvellous, great friends!
terima kasih Allah sebab beri aku peluang untuk berjumpa dengan mereka yang sangat awesome bagi aku....
saya sayang mereka kerana Allah :)

-> nani, amal, kak ika double, asma lela, fiqah, aimie, syer, kak dayah, kak yatt, daddy, kak mia, abg zul, semua ahli isc, ahli joran club :)

Wednesday, January 23, 2013

hari ini sama dengan today

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
alhamdulillah sebab Allah memberi aku peluang untuk menghirup oxygen pada pukul 11:11 malam pada 23/01/2013.

hah !!!? dah masuk 2013. Allah, lama dah aku tak update belogg usang ni :)
*tarik nafas, tekan medulla oblogata... tahan kejap, then hembus keluaq carbon dioxide melalui mulut perlahan-lahan.
ok, dah cergas !

bismillah,
ehem, nk citer pasal hari ni. act, saja letak entry macam tu. korang semua faham tak apa maksud entry aku hari ni ?
k lah, aku permudahkan keyh, -> hari ni = today.
k, faham dh ke ?

orait. hari ni aku siap lambat sebab bangun je pukul 5.30 pagi tu terus amek wudu'. woit, dah hujung-hujung waktu baru nak solat isyak ke aiman oi ?!
ok, khilaf aku, sebab malam semalam memang aku penat gila kaw2. hmm, sem dua ni ada dua hari yang kelas sampai pukul 7 malam. aku rasa TERtorture sangat lah *tangan kat bahu sambil jelir lidah*
sebelum tu betul ke aku eja perkataan terseksa dalam bahasa inggeris tu ???
oh my english. sorry. ^_^

okay sambung balik.
lepas selesai solat, aku terus bukak laptop untuk search assignment yang Dr. Henny bagi. mak aiii !!!!!
selesai 10 drugs yang Dr. Henny suruh cari tu, tengok jam..... ya Allah ! dah pukul 6:15 pagi !!!!
baju dan tudung tak gosok lagi weyh !
dengan sepantas yang tak la pantas sangat, standard orang 'pelas' -> gabungan untuk perkataan penat + malas... jadilah pelas. kah3.....
aku gagahkan jugak lah .... pi la gosok uniform tu hah.... ibu kat selangor, selalunya kalau aku malas nak gosok, aku minta tolong ibu .... :)
but now, semua nya aku kena buat sendiri ...huhuhu...

then sampai je kat kampus, ternampak seorang abang yang aku suka tengok dia naik basikal. SMART!
ok, stop aiman :)
pukul 8:30 pagi ada lab mcrobiology dengan puan shidah. seriously aku bagi tahu kat korang yang terlebih rajin yang menyinggah beloggg aku ni, Pn. Shidah ni seorang yang friendly, best and she's PRETTY !
Pn. Shidah selalu nampak segak dengan pakaian yang Pn. Shidah pakai :D

then sampai pukul 10.00 pagi. hmm, lagi saatu jam ada lab practical untuk DDS1 pulak !
ohhh ! excited memeyh lah :D
tapi sayangg sangat kami semua lewat 20 minit tapi alhamdulillah Miss Tasha ada buat briefing sikit sebelum start membancuh bancuh... hahaha

then petang tu pulak ! aku ada AGM dengan ISC Club :) sampai pukul 7 malam.
so itu je lah aku nak kongsi...

sentiasalah bersyukur walau apa pun yang berlaku keyh !

jaga urusan kita dengan Allah, Allah akan jaga urusan kita molek-molek ^_^

INDAHNYA ^^

Popular Posts