Monday, December 28, 2009

Tuesday, December 8, 2009

59 kod lemak 'pig' yg ada dlm makanan...jom check...

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

1 E100 16 E280 31 E434 46 E482
2 E110 17 E300 32 E435 47 E483
3 E120 18 E301 33 E436 48 E491
4 E140 19 E325 34 E440 49 E492
5 E141 20 E326 35 E441 50 E493
6 E153 21 E327 36 E470 51 E494
7 E160 22 E334 37 E471 52 E495
8 E161 23 E335 38 E472 53 E542
9 E210 24 E336 39 E473 54 E570
10 E213 25 E337 40 E474 55 E572
11 E214 26 E422 41 E475 56 E631
12 E216 27 E430 42 E476 57 E635
13 E234 28 E431 43 E477 58 E904
14 E252 29 E432 44 E478 59 E920
15 E270 30 E433 45 E481



syukur kpd ALLAH...membuka hatiku ini utk cek email....terjumpa lak maklumat pnting ni..
so, cuma nk kongsi bersama kwn2 muslim dan muslimah di fb ni....ni kod2 lemak babi yg terdapat dlm makanan yg mengandungi kod2 di atas...

nasihatnya...print kod ni...simpan kat dlm wallet atau phone....bila nk beli makanan...check dulu sama ada...terdapat kod2 di atas atau x..kalau ada JANGAN BELI....

Thursday, December 3, 2009

menyesal tak sudah

assalamualaikum....kisahnya pg tadi, ibu call...ibu kata nk x masuk skolah iqkl..aku tanya apa 2..?? skolah tahfiz...ooo...ibu tanya lagi, nk masuk x..?? aku terdiam..kejap jer..pas 2 aku jwb, mm, leh gak..aku pun bukak la google..cari maklumat psl iqkl...then 5 minit lps tu ibu call..ibu ckp, x leh masuk sbb aku x ambil bahasa arab sejak form lagi..aku pun ckp la..hmm, x pe la klau cam 2..ibu pesan lg, g buat latihan utk ujian ukkm...aku pun kata ok....
masa tgh dok ngadap you tube..aku termenung jap..rasa nyesal pun ada sbb x ambil bahasa arab masa form 1 dulu...aku bkn apa, aku nk masuk skolah tahfiz 2 agar dpt mendidik jiwa aku..dpt memperbaiki akhlak aku...
perkara dh lps...itulah, pengajarannya..fikirlah semasak2 nya.....sbelum menyesal x sudah......
ok, smpai sini dulu...

Sunday, November 29, 2009

NASIHAT KEHIDUPAN

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK .
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

SAYA HANYA INGIN BERKONGSI SAHAJA....SUMBER DRPD EMAIL SY...SY HANYA MENFORWARDKAN...UNTUK BERKONGSI DGN SEMUA TENTANG NASIHAT KEHIDUPAN...

MANUSIA YANG DIDOAKAN MALAIKAT

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa', ayat 26-28)

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: " Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.

Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Friday, November 27, 2009

RAMADHAN 2012: ADAKAH ANALISA INI BENAR..?? HANYA ALLAH SAJA YG MENGETAHUI..

Ramadhan 2012- PERINGATAN UTK KITA SEMUA
Sedang kita diasyikkan menanti tayangan filem 2012 di pawagam, ada cerita disebaliknya yang kita (MUSLIM) tidak mengetahuinya... Tolong sampaikan pada saudara seIslam kita... semoga menjadi peringatan.

Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat.Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012


Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

marilah kita mengambil iktibar dari analisa ini...adakah ianya benar..?? hanya ALLAH saja yg tahu...masih ada masa untuk kita bertaubat...janganlah sampai pintu taubat tertutup, baru kita berlumba2 hendak bertaubat....
jadi..fikir2kanlah untuk kebaikan kita semua...

SAYA TIDAK MENYURUH ANDA PERCAYA PERKARA INI 100%..BILA KIAMAT AKAN BERLAKU..ITU ADALAH KETENTUAN ALLAH...KITA TIDAK BOLEH MENETAPKAN TAHUN BULA, HARI APA..AKAN BERLAKUNYA KIAMAT, SEDANGKAN RASULULLAH JUGA TIDAK TAHU BILA AKAN BERLAKUNYA KIAMAT..TETAPI, RASULULLAH TELAH MEMBERI PETUNJUK DAN PANDUAN KEPADA KITA TENTANG TANDA2 KIAMAT....ADAKAH KITA SEMUA TELAH BERSEDIA..?? TEPUK DADA TANYA IMAN..
ASSALAMUALAIKUM..

Wednesday, November 25, 2009

THE NEXT ISLAMIC GENERATIONS..

assalamualaikum....penat nyer..alhamdulillah..video yg aku nk bg wani dh siap....baru satu siap...aku rancang nk wat dua...tgk lah kalau mampu utk aku teruskan, aku wat 2...kalau x..1 je kowt...
k, ni first time aku wat video sendiri..happy gilerw...saper yg x happy kan..???
heheheee..k la..straight to the point..tajuk atas tu apa..?? baca kuat skit..heheheheee..THE NEXT ISLAMIC GENERATIONS kan..?? k, itu nama group aku skunk....nanti, kami rancang nk wat blog utk group kiteorg...so, jgn luper aw jadik followers kami.....

MICHAEL JACKSON BEST DANCE...LOVE YA..!!

MICHAEL JACKSON-GRAMMY AWARD (PART 1&2)




n'sync-thinking of you

I drive myself crazy

(nowles/rich/shipley)

(1st verse sung by chris)
Ohhh..oh...
Lying in your arms
So close together
Didn’t know just what I had
Now I toss and turn
Cause I’m without you
How I’m missing you so bad
Where was my head?
Where was my heart?
Now I cry alone in the dark

I lie awake
I drive myself crazy
Drive myself crazy
Thinking of you...
Made a mistake
When I let you go baby
I drive myself crazy
Wanting you the way that I do
Wanting you the way that I do

I was such a fool
I couldn’t see it
Just how good you were to me (just how good you were to me)

You confessed your love (you confessed your love)
Undying devotion
I confessed my need to be free...
And now I’m left
With all this pain
I’ve only got myself to blame...yeah...

I lie awake
I drive myself crazy
Drive myself crazy
Thinking of you...
Made a mistake
Let you go baby
I drive myself crazy
Wanting you the way that I do (wanting you the way that I do)

Why...didn’t I know it

How much I loved you baby?
Why couldn’t I show it
If I had only told you
When I had the chance
Oh I had the chance...

(guitar break)

Wanting you the way that I do...
I lie awake
I drive myself crazy
I drive myself crazy
Thinking of you
Made a mistake (made a mistake)
Let you go baby
I drive myself crazy
Wanting you the way that I do

I lie awake
I drive myself crazy (I drive, myself crazy, crazy, crazy...yeah)
Drive myself crazy
Thinking of you
Made a mistake
Let you go baby

I drive myself crazy
Wanting you the way that I do
I drive myself crazy
Wanting you the way that I do...

Monday, November 16, 2009

hari kenangan budi RK 2009...

assalamualaikum...hmm, aku hari ni lps hari kenangan budi ni...rasa cam nk senyum jer.....sbb hari ni byk kenangan manis dan indah.......bahagia sungguh hatiku.....
k, layan gmbar n video ni k...enjoy your day....^_^

























Saturday, November 14, 2009

mcfly-the end

semua tentang kita



waktu terasa semakin berlalu

tinggalkan cerita tentang kita..

akan tiada lagi kini tawamu

tuk hapuskan semua sepi di hati...


ada cerita tentang aku dan dia

dan kita bersama saat dulu kala...

ada cerita tentang masa yang indah

saat kita berduka saat kita tertawa...


teringat di saat kita tertawa bersama

ceritakan semua tentang kita....


ada cerita tentang aku dan dia

dan kita bersama saat dulu kala...

ada cerita tentang masa yang indah

saat kita berduka saat kita tertawa.........





Saturday, November 7, 2009

kepada sahabat2ku...

sahabat atau kawan...perkataan yg selalu kita dgr...dlm hidup seseorg, pasti memerlukan kwn yg setia bersamanya tidak kira waktu senang, susah dan sewaktu dgn nya...dlm persahabatan, hanya memerlukan dua perkara ini..iaitu, ikhlas dan jujur..dgn ada nya dua perkara ini dlm sesebuah persahabatan itu, insyaALLAH...persahabatan itu akan kekal slama mana yg mungkin..hmm, soalnya skg, antara persahabatan dan percintaan..yg mana mungkin lebih penting dlm hidup seseorg..???bg aku, sahabat lebih penting dr cinta...waktu kita bergaduh dgn kekasih hati, siapa yg akan kita cari..??? sahabat...tmpat utk kita luahkan kesedihan kita, kegembiraan kita....ok..dlm setiap persahabatan pasti ada perpisahan....aku pernah lalui nya...mmg berat utk menerima hakikat yg kita perlu berjauhan dgn sahabat karib kita hanya kerana untuk menuntut ilmu atau berpindah.....mmg sukar utk menerimanya...tp, aku blaja utk terima semua itu..alhamdulillah..aku boleh menjalani kehidupan aku seperti biasa....
tp, kpd sahabat2 aku diluar sana..hanya satu permintaan aku...maafkan lah sgala ketelanjuran kata atau sikap aku yg membuatkan korunk semua kecil hati....aku mohon maaf tulus dari hati aku....

sahabat2 ku..,

andaikan jika suatu hari nanti ditakdirkan kita akan berpisah utk slama lamanya...aku berharap persahabatan kita ni akan kekal selama lamanya...jgn lah diputuskan tali silaturrahim antara kita...biarlah ia kekal slama lamanya.....

andai satu hari nanti kau sudah mempunyai sahabat yg lebih bagus daripada aku....ku pohon jgnlah kau lupakan sgala memori indah sewaktu kita bersama dahulu...

andai satu hari nanti kau telah berjaya mengecapi impian kau...jgn lah kau lupa pada TUHAN...bersyukurlah dgn apa yg kita kecapi hari ini.....

dan..

andai kau masih ragu2 ttg kesetiaanku dlm persahabatan kita...........hanya perkataan MAAF yg mampu kuungkapkan..kerana aku telah berusaha utk meyakinkan dirimu bahwa persahabatan kita ini akan kekal slama2nya, insyaALLAH...tp, jika kau ingin memutuskan jua persahabatan ini...aku tidak mampu utk berbuat apa2....aku menghormati keputusan kau yg aku x akan sesekali bersetuju....MEMUTUSKAN PERSAHABATAN KITA..??? tidak akan sesekali aku bersetuju dgn perkara itu.....takkan....

Wednesday, November 4, 2009

aiman demam..??

assalamualaikum dan salam sejahtera................
hari ni x der apa yg nk ditaip..so, aku just taip apa yg aku suka..heheeee...^_^
k hari ni aku x sihat..dan leh la dikategorikan demam...(x la terok sgt..) hmm, trbantut hasrat aku nk tolong ckg rusiah n ummi is hari ni ngan wani.......aku rasa punca aku x sihat hari ni adalah.....sbb smalam aku kejor wani dari skolah guna basikal...yop, ponat yop.....
mgkin sbb tu kowt..lagi satu sbb, perot aku ni meragam...(nk dtg dh kowt...korunk fhm2 je r..)^_^....
insyaALLAH, kalau ptg ni ada latihan ngan ayah...aku cuba dtg..kalau badan dh sihat r...insyaALLAH....

Monday, November 2, 2009

happy rasanya...

hhmmm...sejak minggu lps aku perasan ibu mazidah lain macam jer........rasa takut tu membuak100...yelah takut salah aku ker...so, hari ni..aku n the geng tekad nk g jmpa ibu mazidah.....nk mohon maaf....theen, ibu mazidah pesan..jgn merayau2 dlm skolah..kalau x ckg malas nk layan...so, kiteorg promise dlm hati..yg kiteorg xkan merayau2 lagi...hmm, aku nk jejak kaki kat bilik guru tu pun malu sbb mggu lps..asyik muka aku, wani, echa..ramai lagi r...trpacak kat bilik guru tu...segan lak...huhuuu....

ok, hari ni aktiviti kat skolah ialah........aku citer yg gempakssssssssss jer k....
mm, mereka cipta bahan2 masakan dan hidangannya m'gunakan tanah liat..perh, mmg liat gilew tanah nyer...hahahahaa...(nama pown tanah liat..)ckg arahkan dlm 1 kumpulan ada 4 org..so, dlm kumpulan aku..ahlinya ialah farahana, aiman, raisya dan wanie...^_^ mmg nakal gilew nyer kumpulan..lagi2 bila perangai aku gabung ngan wani...(blue100 blaka..)ahaksssss.....^_^
ada r satu adengan yg menyebabkan kiteorg gelak besar...(oopppssss..) k la..in my team, kiteorg cipta pinggan, mangkuk, buah2an, lilin, makanan(ayam, burger...) dan teko air....(cawan x der..)
kiteorg siap cepat coz ckg rusiah mnx tolong...so, bila dh siap 2...masalah timbul..!!?? masalah apa..??hahahaaaa...masalah nk cari sabun..(ye r x kan nk g tolong ckg ngan tgn yg melekit2...)
dh 2, jumpa sabun baju..arh, hantam sajalah...nk cpt.....
hmm, tolong ckg rusiah kira2 smpai balik r...1.15 ptg..tp, wani kata ayah nk bg taklimat ttg majlis KRK...so, mnx izin ckg rusiah utk sambung krja 2 hari khamis ni...so dh dpt lampu ijau..segeralah kiteorg naik ke bilik seni....so, apa yg berlaku dlm bilik seni....??? biarlah rahsia....hehheheee...
k, assalamualaikum....^_^

Tuesday, October 20, 2009

Jemputan ke rumah yuni...


eyza, echa, eman, waniey & yunie...


yg kat tgh tu cm poyos jer...hahaha..



kanak2 ceria...ala comel2..hehehe..





yunie, echa, eyza & waniey..

ni hari apa yek...dh lupa r...ayuni mnjemput kengkawan dia dtg ke rumah....ada mkn2..yg paling lewat tiba...saper lg kalau bukan aku..hahha..
anyway...friend4ever yarh..!!

Monday, October 19, 2009

faham lirik ni btul2...




k, assalamualaikum...


hmm, k video ni, ibu aku sent kat aku nyer email...pesan ibu kat aku..'hayati lirik nyer...bukan suara budak lelaki tu'...he3..terkekeh2 aku gelak...ibu yg mmg faham perangai aku....^_^


k la...cuba kita perhatikan dunia ni....masih tidak aman lagi..perang sana perang sini...hmm, senang citer lirik lagu ni sebijik sejebon dgn apa yg terkandung dlm hati aku ni...

wokey, renung2kan lirik ni...

Sunday, October 18, 2009

FOBIA

fobia menurut kamus dewan edisi ketiga ialah perasaan takut yg amat terhadap sesuatu perkara... aku ingin kongsi dgn semua org ttg fobia...(maaf kalau x braper nk bagus..) semua org mempunyai fobia trhadap sesuatu perkara...contoh nya aku...aku mmg fobia giler ngan serangga terutama skali labah2, lipas, lipan....eeee...sbb apa..??? aku x pasti apa punca aku fobia ngan benda2 mcm nie...labah2 tu sbb dia besar....eeee....takut aku...fobia, fobia, fobia....kalau korunk semua ada cerita ttg fobia....komen yea...kita kongsi bersama....
ok, assalamualaikum
....

Thursday, October 8, 2009

SEHARI SEBELUM PMR...

assalamualaikum...hai, rasa nyer dh lama aku x bukak blog kesayangan aku ni.....busy nk pmr...
k la, aku nk start citer lak....

sehari sebelum pmr...mmg aku rasa sgt2 takut, gementar....byk lagi...sampai selera mkn pun hilang....k, pg selasa...aku g skolah cam biaser...beg ringan sbb aku x bwk pe2 buku kecuali buku sejarah n agama...pg tu, cam biaser...berhimpun baca doa...tp kiteowg sumer x naik klass...kami, plajar ting.3...(calon2 pmr) diarahkan pergi ke dewAn terbuka..bratur r kat sana...( wat apa ek..??aduyai teman trlupa lak..)...dgr cikgu azhar nyer ucapan...fuh..^_^
then, susun krusi meja utk pmr...tp, sesaper yg kenal aku....diowang tahu apa aku wat....MENGELAT...main simbah2 air ngn huda n wani....sembang2 ngan mama rosz...bg wani...kalau ko baca apa aku tulis ni....bagus r...aku ngan wani ni...kalau jumpa msti nk gaduh...x kira r saper mula dulu....eh, lari dari tajuk lak....
k, lps rehat kiteowg ada salam restu...tp, sebelum salam restu..kena dgr nasihat or ucapan drpd cikgu2 yg nk beri ucapan...aku dh keboringan dh...
tp, bila aku trigtkan ustzah noriati...aku trus ajak wani ngan raisya....nk jumpa salah seorang ustazah yg paling kiteowg syg....kiteowg jumpa ustazah kat surau laki sbb masa tu ustazah ada klas...m'ajar adik2 form 2 bahasa arab.....dh salam2 tu, kiteowg trserempak ngan ckg mazlida....salah seorang ckg fav kiteowg gak.....salam, peluk cium....5 minit pas tu, geng aku yg len muncul..saper agy....aiza, aina, yuni, n fana....
ha!! masa ni r kiteorg start brgmbar...guna phone aku...aiza nk jmpa ustazah noriati...so, kiteowg pun teman kan r....aku serahkan phone aku kat wani...suruh dia tgkap gmbar apa2 yg dia suka...he3 gurau jerk.....aku suruh dia tgkap gmbar aiza tgh nangis.....( gmbar nyer ada..tp, len kali aku masukkan ek..)..
lps dh sembang2 ngan ustazah...kiteowg brgmbar.......
k, mlm lak...aku msj umi is....mnx restu drpd umi....esok pg nyer, sblum g skolah...aku call umi is....(rindu, nk dgr suara umi...yelah...umi is g kursus kat pangkor 3 hari...so, x dpt jumpa..)
umi is pesan kat aku...'nanti kirim salam kat diorang tau...msti dpt 8A.........'
lps letak tepon...air mata aku mengalir....x tahu r sbb apa....anyway...aku dh janji yg akn wat terbaik...so, aku akan buktikan....

Friday, September 18, 2009

AntAra iLmu DAn HarTa...

imam ali radhiyallahuanhu berkata; "Ilmu itu adalah lebih baik daripada harta, sebab ilmu itu dpt menjaga dirimu iaitu dari perbuatan2 maksiat dan kemungkaran. Sedangkan harta kamu haruslah sentiasa menjaganya dan menyimpannya agar tidak hilang.."

atas tu, mukadimah jer...cerita nyer kat bawah nie...

sepuluh org kaum khawarij mendatangi Khalifah Ali bin Abi Talib. Mereka ingin menanyakan sesuatu, di samping rasa iri hati terhadap kepandaian Khalifah, baik dalam ilmu agama mahupun yg lain. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: 'Aku ini kotanya ilmu pengetahuan, dan Ali adalah pintunya.'

Sesampai mereka dihadan Khalifah Ali, mereka diterima dgn ramah, dan Khalifah menganggap mereka sbg tetamu terhormat.

Salah seorang drpd mereka membuka pertanyaan kepada Khalifah Ali: 'Wahai Ali, kami adalah sepuluh org yg diutus oleh kaum kami utk mengajukan pertanyaan kpdmu, dan kami akan bergiliran bertanya kpdmu. Dan jawapanmu akan kami bawa pulang kepada kaum kami.'

Khalifah Ali menjawab: 'Baiklah kalau demikian. Dan apa yg akan kalian tanyakan kpdku.?'

'Wahai Ali, manakah yg lebih mulia, ilmu pengetahuan atau harta benda, dan terangkan pula sebab-sebabnya?' tanya org pertama.
'Ilmu pengetahuan itu adalah warisan para nabi, sedangkan harta kekayaan adalah warisan Qarun, Syadad dan lain2. Oleh kerana itu, ilmu pengetahuan lebih mulia drpd harta benda,' jawab Khalifah Ali.

Kemudian org kedua memberikan pertanyaan: 'Manakah yg lebih mulia ilmu pengetahuan atau harta benda dan jelaskan sebab2nya?'
'Ilmu pengetahuan lebih mulia drpd harta benda kerana ilmulah yg mnjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta yg empunyalah yg memelihara dan menjaganya,' jawab Saidina Ali.

Setelah org pertama dan kedua selesai dijawab oleh Khalifah Ali, kemudian org ketiga, keempat, kelima, keenam, hingga kesepuluh mengajukan pertanyaan yg sama seperti yg diajukan oleh org pertama dan kedua.

Kepada penanya yg ketiga, Khalifah menjawab: 'Ilmu lebih mulia drpd harta kerana org yg berilmu byk sahabatnya, sedangkan org yg byk harta lebuh byk musuhnya.'

Kepada penanya yg ke-4, Khalifah mnjawab:'Ilmu lebih penting drpd harta kerana ilmu bila disebarkan atau diajarkan akan bertambah sedangkan harta kalau diberikan kpd org lain akan berkurang.'

Kepada penanya yg ke-5, Khalifah menjawab:'Ilmu lebih mulia drpd harta kerana ilmu tidak dpt dicuri, sedangkan harta benda mudah dicuri dan dapat lenyap.'

Kepada penanya yg ke-6, Khalifah menjawab:'Ilmu lebih mulia drpd harta benda kerana ilmu tidak boleh binasa, sedangkan harta kekayaan dpt lenyap dan habis kerana masa dan usia.'

Kepada penanya yg ke-7, Khalifah menjawab:'Ilmu lebih mulia drpd harta kerana ilmu tidak ada batasnya sedangkan harta benda ada batasnya dan dapat dihitung jumlahnya.'

Kepada penanya yg ke-8, Khalifah menjawab:'Ilmu lebih mulia drpd harta kerana ilmu memberi dan memancarkan sinar kebaikan, menjernihkan fikiran dan hati serta menenangkan jiwa sedangkan harta kekayaan pada umumnya dpt menggelapkan jiwa dan hati pemiliknya.'

Kepada penanya yg ke-9, Khalifah menjawab:'Ilmu lebih mulia drpd harta kerana org berilmu mencintai kebajikan dan sebutannya mulia seperti si 'Alim, dan sebutan mulia lainnya. Sedangkan org yg berharta boleh melarat dan lebih cenderung kpd sifat2 kikir dan bakhil.'

Kepada penanya yg ke-10, Khalifah menjawab:'Ilmu lebih mulia dan lebih utama drpd harta kekayaan kerana org berilmu lebih mendorong utk mencintai ALLAH. Sedangkan harta benda dpt membangkitkan rasa sombong, bongkak dan takabur.'

Selesai mendgr jawapan Khalifah Ali yg begitu cemerlang, kesepuluh org kaum Khawarij itu berdecak kagum, kerana satu pertanyaan dpt dijawab dgn sepuluh jawapan. Kemudian mereka kembali kpd kaumnya dgn rasa puas hati, dan bertambah yakin bahawa Khalifah Ali benar-benar sebagai pintu gerbangnya ilmu.

ini adalah sebahagian teks khutbah solat jumaat yg aku pinjam drpd abah aku...
oleh itu, renung2kan lah....Assalamualaikum...^_^

Thursday, September 17, 2009

CeriTa AimAn..

alhamdulillah....aku masih dpanjangkan umur utk trus beribadah kepada ALLAH yang Esa....
hampir 2 minggu...aku dan kengkawan berjuang dlm mnduduki prcubaan PMR...syukur kepada-Mu ya Allah...aku dpt menjawab soalan2 tu dgn tenang.....
percubaan kali ini...berbeza dari segi kedudukan...kami diarahkan duduk m'ikut nombor angka giliran......perh, aku dok dkt tepi pintu blakang afham...dan amira....
aku dpt rasa kelainannyer....maksud aku.....ketenangan yg aku cari utk m'ambil periksa....yelah, first time dok jauh dari geng aku...aku jadi lah pendiam....sampai ayuni..(mentor aku..) tanya...
'nape diam jer..??' ada problem ker..??'... baiklah...aku pun x tahu naper aku jadi pendiam..(diam ker..??)he3... mgkin itu diri aku kowt...saper yg faham...thanks...
ok, skg ckp psl hari raya yg bakal tiba x lama lagi...
korunk sumer puasa penuh ker..??? kalau x penuh jgn luper ganti....wajib tau...
k, raya tahun ni, aku n kengkawan x ley sakan sgt koz..seminggu lps tu, kiterowg exam PMR yg sebenar..(perh, m'gerunkan...)
aku nk berterima kasih sesangat kat cik yah...tukang jahit baju raya aku....sbb apa..???
sbb, dia bersungguh mnjahit baju raya aku wamer hijau tu....aku ckp kt cik yah...siap lps raya pun x per...sbb aku x nak raya tahun niy....
tup...tup...dia hantar msj kat mak aku....katanya, baju raya aku dh siap dijahit...perh, terharunya aku....
anyway thanks cik yah...slamat hari raya..maaf zahir batin yea..
tahun ni, baju kurung aku warna hijau dan purple....
aku nk ucapkan trima kasih pada kwn2 yg bagi kad raya...jasa mu dikenang...he3....
hari ni aku habis percubaan PMR...last paper...geografi...aku x nak ulas panjang2 psl trial...sbb menakutkan...lagi2 paper sejarah....smpai sakit perut n kepala aku dibuat nyer...
ckg yg mmbuat soalan tu ckp...dia ambil soalan dari koleksi asrama penuh...perh, mmg mencabar......
ok, di kesempatan ini, aku nk wish slamat hari raya kat....

1) abah dan ibu...serta keluarga tersyg...
2) sedara mara aku...
3) geng dan kwn2 yg mengenali diri aku...
4) umi is.....
5) ayahanda wazir...
6) ibu mazidah...( ibu zid)
7) mama rosz...
8) ckg razak...
9) ckg mazlida, ckg din, teacher taherah, mdm azian, ckg zaurah,ckg rusiah.....dan sumer ckg yg pernah m'ajar sy...

k, sekian dulu sampai disini jer...coretan aku....sehingga berjumpa lagi...assalamualaikum...

Friday, August 28, 2009

RaGam KeNgKAwAN..

assalamualaikum.....hari ni..hari yang ke 7 puaser...alhamdulillah...aku penuh....stakat ni...he33...
k, kisah nyer..mula cam niey... hari ni aku n the geng...rancang nk wat study group math sesamer...so, aku yg paling awal....pukul 9.40 pg...lebih kurang r...smpai2 jer...raisya mnx tlg ajar bahasa inggeris....ok r aku on jer...tapi bila dia x braper fhm aku naek risau lak....koz..takuwt...so, aku nk terus trang ar ni...aku x reti nk terangkan kt kengkawan apa yg aku faham....difficult u know...x brmakna aku x reti nk terangkan bermaksud aku x fhm.....k..then, pukul 11 ayuni dtg..(mentor aku..) masa ni...kiteowg leypak kat luar...
eh, lupa lak nk g tahu...lokasi study group ni..trletak di rumah raisya...kira2 10 hingga 15 minit untuk smpai....heheheheehe...^_^
aiza lak smpai pukul...brape ek..???hurm...11.15 kowt....wani lak sampai pukul 12....mcm nk kena telan ngan aku jer....nasib baek r mama roszana igtkan kiterowg....msj mama lebih kurang cm ni... 'kalau lapar jgn mkn......' thanks mama, sy igt tu....
dtg2 tu, wani bg alasan yg agak munasabah utk tidak diterima...hahahah....wani, aku gurau jer...sowi ek... kira2 2 jam ar kite owg study....tgh study tu...sempat lak bergosip hal yg x braper penting untuk masuk PMR....hehehe3...cHeCk THiS OuT..!!






ni wani kena sindir gurau2 ngan kiteowg....he3..atas kelewatan dia yg disengajakan...

sambil study math, kami2 dgr lagu 'BUKAN SUPERMAN'....enjoy r...

selepas tu, 30 minit sebelum aiza balik...kiteowg leypak kt playgroud...he33...video ni aku masukkan kt blog sbb trdapat prmintaan tinggi dari tuan rumah..he33....gurau jer...

aku n aiza....lawan saper plg tinggi...aiza menang...aku x dpt thn koz dh lamer x men bnda ni n takut jatuh kt lecak dpn tu...

ni raisya n yuni...tgh maen jongkang jongkit...yg merakam tu, nur syazwani..or 'itik'..hehe3...

eh, saper tu..???aku ker..??he3...brkaki ayam lak...(x sopan nyer la kwn korunk ni kan..) ..

then on the way nk balik umah raisya...aiza pesan kat aku..'man, video ni jgn delete taw..kenangan kita brlima ni..'

no problem la aiza..so, dlm kepenatan tu, ader ke patut wani ckp kt raisya..'sya, buatkan air..'..ish2...lawak ler kwn aku sorang niyh..

bila aiza n ayuni balik..kite owg brtiga..(aku, raisya, wani) x tawu nk wat per...so, kiteowg pun maen la kad uno tu....enjoy r masa maen tu...then pukul 3 ptg..parents aku sampai....

balik umah ler.....so, smpai sini je r coretan aku ttg ragam kengkawan....

sampai brtemu lagi ek...k, aku nk g tolong nenek siapkan juadah buka puasa....he3..

assalamualaikum..^_^

Sunday, August 23, 2009

ForEvEr......by westlife...

lagu ni...adik tujukan pada ibu dan abah.....
there is no one in this world can love me...like you do...
i'will be loving you forever......



Saturday, August 22, 2009

alhamdulillah sempat...

hari nie, hari kedua puasa...syukur alhamdulillah....solat terawih, full aku wat...harap2 sampai puasa yg terakhir aku nk wat 20 rakaat trmasuk witir 3 rakaat....
kisahnyer pagi tadi...
disebabkan aku tido pukul 12.45 mlm tadi...ak bangun sahur lewat...lagi 15 minit nk azan baru trjaga....
aku trus r bangun....minum air susu panas...makan kurma 2 biji...pas tu sambung tido....tp, sblum ngorok tu, aku trfikir kan sesuatu.....mulai esok, kalau aku bangun awal, aku nk tolong mak aku wat sahur nyer mkn2....
ish,(terowk nyer la aku ni kan...)ish,ish,.....
hari ni, lps study bahasa inggeris...aku bukak laptop......blajar wat slideshow....ye la.. bakal usahawan katakan...he3.......
tgh khusyuk wat tu, si nabil adik aku dtg mengacau.....
dia tu, kalau x kacau aku sehari x ley...
skg aku nk ucapkan 'PADAN MUKA' kat nabil koz kena tegur ngan parents aku.....he3...
kejam nyer la kakak dia kan..???
anyway, aku miss sgt kat cikgu2 yg m'gajar aku...
kpd wani.....jumpa rabu ni.....
k, assalamualaikum.....

Friday, August 21, 2009

SelaMAT BerPuASa, MaaF Zahir Batin..

yeah....yahoo.....esowk puaser.....gmbira x trkata aku...bulan yg paling aku syg dh tiba.....hari ni, mcm biasa g skola....tp, sblum g skolah...aku hantar msj kt ckg mazlida n ckg razak...aku msj slamat berpuase..kt ckg2 yg disayangi...actually nk hantar kat sumer ckg..tp, kredit x m'izinkan...he33...aku nk ucapkan trima kasih kt kwn2 yg mmbantu aku dlm semua hal...i luv u all larh....DAN aku nk mnta maaf kat semua org....atas sgala kesalahan aku yg wat kowrank trsinggung or kecil hati....i'm so sorry....mggu dpn cuti seminggu jer....hari rabu auku g umah raisya koz study group nyer hal....k, skg aku nk ckp something kt semua org...

'slamat brpuaser...........n maaf zahir batin.....'


Tuesday, August 18, 2009

HArI NI HAri SelASa..

pg tadi..aku brtolak ke SMK SKI, sekolah akku ler...on the way nk g skolah tu...aku trnampak dua org budak sekolah rndah nk lintas jln...bkn nk jadi kan isu or aper...just aku trtarik tu..bila akak tu pgg tgn adik dia masa nk lintas jln...aku rasa trsentuh taw....don't know why...mgkin sbb aku trfikir..'prnah x aku wat cm tu kt adik2 aku...nabil n hazim...??? uurhhh....smpai2 skolah..mcm biasa beratur, baca doa....n masuk klas........
masa first, bahasa inggeris....aku bersyukur x trkata bila aku dpt A......itulah yang aku impikan.....tu good news nyer....bad news nyer trjadi bila aku dpt krtas agama n sejarah....dua2 krtas tu, aku dpr B...teruk nyer lah aku ni kan....ye r..klas 3RK pun x dpt A.......mmg aku dissapointed gilerw....lagi2 agama...aku confident aku akan dpt A...tp bila dpt keputusan nyer....B....tgkap leleh r aku dlm klas td....aku ngadu kat farahan..kmbar aku kt skolah...aku ckp kt dia..'wei, fana..aku rasa mcm aku ni x patut jer duduk dlm klas ni..' then, farahana pun bg r kata2 semangat.........ok lar...ley la relax....hurm..hari ni gak aku dpt 'mentor' baru bg mata pelajaran agama...........
aku rasa malu ngan semua cikgu yg ajar aku...yelah, cikgu2 sumer smpai x tido mlm nk tgk kami brjaya dlm PMR....8A...
kepada cikgu2 yg mengajar sy....trutama skali cikgu mazidah, ustazah salimah, mama roszana...n sumer la...
'sy minta maaf koz selalu mengecewakan cikgu ngan keputusan sy yg terowk........
sy janji akn buat yg trbaik.......'THAT'S MY WORD'...
hari ni hari selasa...aku sedih sgt... x tahu kenapa.......

Monday, July 13, 2009

kiSah dI terATAk hijjAz........

nie trio...aiman,wani, raisya...
nie wani and raisya.......



assalamualaikum and salam sejahtera kepada kengkawan.......hari ni aku ada skit masa utk bukak blog akuh niey.........so, aku ambil la kesempatan utk update blog usang niy.......

CERITANYE GINI............

kami sekelas ngan akak2 abg2 form 5rk gi UPM,UNITEN, NGAN tERATAK hIJJAZ.....tepat pukul 8.30 pg hari khamis...kami brtolak ke UPM....kat UPM tu....best r gak....dapat dgr motivasi utk meningkatkan keyakinan diri masing2.....tp SATU jerk.....dalam dewan kuliah tu...SEJUK masyaALLAH......mcm kat kutub utara....he3,....

then, kami brtolak ke UNITEN slpas solat Zuhur.....kt UNITEN tu....hurm...ape ek...er..er..er....mcm kt UPM gak r.....then, kami semua g library.......




ni muke2 x brsalah...he3...



ni kat dlm library UNITEN....shhhh...diamm..







tgk ar video sbelah ni......


then, kiteowg brgerak ke TERATAK HIJJAZ.......semua org dh letih....semua trmimpi kn katil yg selesa......terutamanyer...akuh ar....he3....nie saksikan video aiman and kengkawan....on the way nk g TERATAK HIJJAZ.....






hari first tu...aku n geng bilik...9 orang....aiman, nana, farahana, huda, aiza, ayuni, wani, raisya, aina.............dpt jer kunci bilik..kiteorg terus r attack bilik tu.....then, ok r bilik tu...kami semua dtg bkn nk enjoy2 suke2....kami semua dtg koz kem n nk tuntut ilmu.....so..ok la....


hari first tu, sume org penat...then, bila 'ketua' kiteowg...wani bising...dia kata...'wei, korang kita kemas bilik dulu boleh x...???? aku x suka r sepah2 niy...'oorhh...sabo jer aku....tp, aku brterima kasih r kat dia...koz bilik kiteowg kemas...x brsepah....sedap mata memandang....he3...thanks wani...luv u...

ni masuk hari kedua lak.....ada program bi n sains...ptg tu...math....aku enjoy masa bi ngan math ar......masa bi x smpat nk brgambar....masa math jer sempat brgambr...he3...mlm tu...dgr ustaz khalik brceramah....best ar...enjoy gak kiteowg.....


dari kiri...mirul,aiman, mama rosz, fana, wani...



ni...me, mama rosz..and fana...

ni mamat 3rk 2009...si baju hijau tu, nyibok jer...he3..izzat jgn marah.......



ni...mama rosz kami....


malam tu, lps solat isyak....kami ngan ayahanda trsayang kami....iaitu ckg wazir.....latih koir...utk esok....masa ni...aku ngantok sesangat....sowi ayah....sy ngantok sgt...he3....tp, bila nyanyi smangat r...walopun mata trkatup...he3......lawak tul...tgk r video ni......


menatap indahnya senyuman di wajahmu...membuatku terdiam dan terpaku...................................







ni tgh mkn malam terakhr ngan kengkawan....mkn BBQ tu kowt....jgn memain....tp..aku kenalkan...yg pakai tudung putih tu, farahana...kembar aku kat sekolah...yg lagi sorang tu...aiza....layan r video ni...masa ni r aku sakit pewot sesangat....hahha...aduhaduh...






kesimpulan nyer....kem ni..kiteowg sume enjoy r...best...terima kasih..umi farisah, ayahanda, ibu mazidah..........dan semua yg terlibat....saya sayang ckg....

satu prkara yg kengkawan x kan lupa ttg aku masa kem ialah....masa aku sakit pewot...ha3...lawak3....hari terakhir tu...mmg kiteowg sume banjir r....nangis kesal....atas kesalahan kiteowg....then, sbelum balik....aku, nana, aiza, raisya, wani, fana, yuni, sape lagi ek yg mkn ngan ckg wazir......sowi ek kalo x trtulis nama korang....nnti komen r sape yg aku x tulis name....kami mkn sesama ngan ayahanda....he3...



ni kluar dari dewan kuliah utk...tut...ha3...


ni la aku...suka kacau org yg tgh tgkap syahdu...he3...sowi yerk....

yg pakai tudung putih tu...muka x leh blah kn...ha3.......anyway...dari kiri...nana, aiman, wani...diorg ni kakak2 aku...sntiasa jaga aku...he3...gurau jer.....


aiman n raisya....muka tgh sedih cmpur penat....tgh tgkp syahdu ni kowt....jgn memain...he3....

Sunday, May 31, 2009

SakSikaN.....




nie masa ari sabtu....tgh rest tu kan...makhluk 2 orang nie wat shuffle...dh nk abis tu..abg faiz lak wat tetonic....anyway..nama shuffler2 tu...yg pakai bj merah..yg comel2 tu namanyer..Izzat....sebelah nyer lak...Mierul....dua2 org nie cute...hehehehe....^_^

Popular Posts