Friday, September 18, 2009

AntAra iLmu DAn HarTa...

imam ali radhiyallahuanhu berkata; "Ilmu itu adalah lebih baik daripada harta, sebab ilmu itu dpt menjaga dirimu iaitu dari perbuatan2 maksiat dan kemungkaran. Sedangkan harta kamu haruslah sentiasa menjaganya dan menyimpannya agar tidak hilang.."

atas tu, mukadimah jer...cerita nyer kat bawah nie...

sepuluh org kaum khawarij mendatangi Khalifah Ali bin Abi Talib. Mereka ingin menanyakan sesuatu, di samping rasa iri hati terhadap kepandaian Khalifah, baik dalam ilmu agama mahupun yg lain. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: 'Aku ini kotanya ilmu pengetahuan, dan Ali adalah pintunya.'

Sesampai mereka dihadan Khalifah Ali, mereka diterima dgn ramah, dan Khalifah menganggap mereka sbg tetamu terhormat.

Salah seorang drpd mereka membuka pertanyaan kepada Khalifah Ali: 'Wahai Ali, kami adalah sepuluh org yg diutus oleh kaum kami utk mengajukan pertanyaan kpdmu, dan kami akan bergiliran bertanya kpdmu. Dan jawapanmu akan kami bawa pulang kepada kaum kami.'

Khalifah Ali menjawab: 'Baiklah kalau demikian. Dan apa yg akan kalian tanyakan kpdku.?'

'Wahai Ali, manakah yg lebih mulia, ilmu pengetahuan atau harta benda, dan terangkan pula sebab-sebabnya?' tanya org pertama.
'Ilmu pengetahuan itu adalah warisan para nabi, sedangkan harta kekayaan adalah warisan Qarun, Syadad dan lain2. Oleh kerana itu, ilmu pengetahuan lebih mulia drpd harta benda,' jawab Khalifah Ali.

Kemudian org kedua memberikan pertanyaan: 'Manakah yg lebih mulia ilmu pengetahuan atau harta benda dan jelaskan sebab2nya?'
'Ilmu pengetahuan lebih mulia drpd harta benda kerana ilmulah yg mnjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta yg empunyalah yg memelihara dan menjaganya,' jawab Saidina Ali.

Setelah org pertama dan kedua selesai dijawab oleh Khalifah Ali, kemudian org ketiga, keempat, kelima, keenam, hingga kesepuluh mengajukan pertanyaan yg sama seperti yg diajukan oleh org pertama dan kedua.

Kepada penanya yg ketiga, Khalifah menjawab: 'Ilmu lebih mulia drpd harta kerana org yg berilmu byk sahabatnya, sedangkan org yg byk harta lebuh byk musuhnya.'

Kepada penanya yg ke-4, Khalifah mnjawab:'Ilmu lebih penting drpd harta kerana ilmu bila disebarkan atau diajarkan akan bertambah sedangkan harta kalau diberikan kpd org lain akan berkurang.'

Kepada penanya yg ke-5, Khalifah menjawab:'Ilmu lebih mulia drpd harta kerana ilmu tidak dpt dicuri, sedangkan harta benda mudah dicuri dan dapat lenyap.'

Kepada penanya yg ke-6, Khalifah menjawab:'Ilmu lebih mulia drpd harta benda kerana ilmu tidak boleh binasa, sedangkan harta kekayaan dpt lenyap dan habis kerana masa dan usia.'

Kepada penanya yg ke-7, Khalifah menjawab:'Ilmu lebih mulia drpd harta kerana ilmu tidak ada batasnya sedangkan harta benda ada batasnya dan dapat dihitung jumlahnya.'

Kepada penanya yg ke-8, Khalifah menjawab:'Ilmu lebih mulia drpd harta kerana ilmu memberi dan memancarkan sinar kebaikan, menjernihkan fikiran dan hati serta menenangkan jiwa sedangkan harta kekayaan pada umumnya dpt menggelapkan jiwa dan hati pemiliknya.'

Kepada penanya yg ke-9, Khalifah menjawab:'Ilmu lebih mulia drpd harta kerana org berilmu mencintai kebajikan dan sebutannya mulia seperti si 'Alim, dan sebutan mulia lainnya. Sedangkan org yg berharta boleh melarat dan lebih cenderung kpd sifat2 kikir dan bakhil.'

Kepada penanya yg ke-10, Khalifah menjawab:'Ilmu lebih mulia dan lebih utama drpd harta kekayaan kerana org berilmu lebih mendorong utk mencintai ALLAH. Sedangkan harta benda dpt membangkitkan rasa sombong, bongkak dan takabur.'

Selesai mendgr jawapan Khalifah Ali yg begitu cemerlang, kesepuluh org kaum Khawarij itu berdecak kagum, kerana satu pertanyaan dpt dijawab dgn sepuluh jawapan. Kemudian mereka kembali kpd kaumnya dgn rasa puas hati, dan bertambah yakin bahawa Khalifah Ali benar-benar sebagai pintu gerbangnya ilmu.

ini adalah sebahagian teks khutbah solat jumaat yg aku pinjam drpd abah aku...
oleh itu, renung2kan lah....Assalamualaikum...^_^

No comments:

Post a Comment

Popular Posts